2010-09-06

Disebalik Tabir Fotonovela siri 1.

1 comments
Atas permintaan daripada rakan-rakan yang mahukan penjelasan, saya tunjukkan. Scene Maya menangis di kubur sebenarnya ada 2 foto yang menjadi subjek dan menjadi majoriti kawasan di dalam foto yang telah siap. Terdapat foto-foto kecilan yang saya tidak tunjukkan di dalam blog ini. Foto kecil tersebut mungkin remeh dan tidak memberikan kesan sebahagian besar foto yang ingin dihasilkan.


Pertama: pemilihan subjek yang bertepatan dengan konsep dan tajuk bagi sesuatu penceritaan.

Kedua: mencari background yang sesuai adalah penting untuk memastikan foto yang ingin dihasilkan lebih kelihatan realistik. Selain itu campurkan foto minoriti yang lain untuk kekemasan.

Foto yang telah siap, subjek iaitu Maya telah dimasukkan ke background baru.

Begitulah cerita yang sebenarnya, antara kerja yang saya lakukan. Kesimpulannya kita harus teliti dan mempunyai masa yang secukupnya.

Gambar yang lebih besar terdapat dalam Album Fotonovela yang terletak dalam Facebook saya.

2010-08-30

Happy Independent Day

2 comments
Selamat hari kemerdekaan ke 53-tahun

kredit: terima kasih kepada saudara Hanif Halim dan isterinya

2010-08-25

Tipu Kanan Dan Tipu Kiri

2 comments
gambar Eyta yang telah ermm,... menipu orang yang melihat.
Post asal adalah dari note Facebook. Dan note di dalam Facebook telah di-delete
Sebenarnya sudah lama saya menipu (gambar) dan semenjak terjebak dalam fotography lagi suka menipu. mengimbau kenangan serious-nya saya menipu adalah pada tahun 2007 di mana DSLR pertama telah dibeli. Haha memang lawak sebab nak tipu pun kantoi, alhamdulillah sekarang saya telah hampir berjaya menipu mata yang memerhati. Hasil berkat usaha, menghasilkan sebuah seni visual memerlukan pemerhatian yang berterusan. Dan sekarang sudah lebih 3 tahun terjebak, bermacam-macam pengalaman tercatat dalam memori walaupun CF- card hanya 2 Gigabyte kapasiti-nya. Apa yang saya merepek dalam text ini, adoihh.....
Album photography – ada yang asli dan tipu
Album fotonovela – memang penipu besar
Photo album 1 – plan tak nak tipu, tapi saya mungkiri.

Harap maaf pada gambar komen di bawah kurang jelas. Picasa web album hanya membenarkan ketinggian gambar hanya 1600px sahaja