2009-05-05

About Me

Nama/ Name: Ahnaf Hakimi
Umur/ Age: calculate by your self :p
T Lahir/ D.O.B: 5 February 1989
Hobi/ Hobby: Playing Video Games
Tempat/ Location: Penang

Cerita Tentang Diri
Ahnaf Hakimi, orang panggil saya Kimy dan ada juga dipanggil Kim (sahut jelah). Sekarang menetap di sebuah Pulau yang banyak cengkerang mutiara di sepanjang pantai. Hobi bermain permainan video, antara gengre yang selalu dimainkan ialah First person Shooter, bab menembak memang nombor 1. Maka tidak hairanlah jika menjawab soalan peperiksaan khasnya objektif selalu merasakan diri di medan perang. Kimy seorang yang mudah mengantuk dan pemalas dalam melakukan aktiviti yang tidak diminati ataupun membuat perkara yang sama berulang.

Cerita Tentang Photography
Entah bagaimana boleh sesat dalam bidang yang dijadikan hobi dan sumber pendapatan ini. Tapi apa yang pasti dirasakan ialah ianya mungkin berpunca daripada bakat terpendam. Dari sekolah rendah Kimy memang giat memasuki pertandingan melukis, memanglah juara sebab berlawan dengan budak-budak peserta mewarna. Mungkin sebab Parent Kimy yang tidak belikan buku mewarna dan hanya memberikan kertas kosong untuk berseni dengan contengan. Apa yang dapat dirasakan Photography ada persamaan dengan melukis, apabila klik shutter lukisan siap di dalam memori kad tanpa perlu menggunakan pensil untuk melukis. Berseni dalam bidang digital amat mencabar pada permulaannya apabila pensil tidak digunakan lagi. Kini pensil hanyalah digunakan untuk lakaran idea yang akan dimasukkan dalam lukisan digital. Mula minat dalam bidang photography dari sekolah menengah lagi, pada waktu itu kamera sememangnya pinjam dari abang-abang Kimy yang sangat baik hati. Timbul rasa ingin membeli kamera sendiri apabila tidak dapat pinjam kamera atas sebab tertentu. Sejak peristiwa itu Kimy mula simpan duit untuk beli kamera digital kompak, namun telah termakan racun yang diberikan oleh kawan abang Kimy yang menyuruh Kimy menggunakan kameranya. Saat itu memang tidak dapat dilupakan kerana itulah kali pertama dapat pegang SLR. Kini Kimy telah mempunyai SLR sendiri dan beberapa aksesori lain. Masa berlalu amat pantas dalam sekelip mata, sekarang sudah lebih 2 tahun (waktu teks ini dikarang) memiliki SLR dan terlibat dalam bidang photography secara serius.

(update: 2 January 2011)
[ Setelah menyelongkar kotak barangan kamera, saya terjumpa resit yang sangat bernilai buat diri saya. Resit pertama kamera saya iaitu Canon 350D dibeli pada tarikh 29 september 2007. Wow! sangat terkejut dan terharu sambil melihat body 350D yang terlantar dalam drybox dalam keadaan selamat. Walau bagaimanapun sensornya tidak dapat diselamatkan akibat kesan calar yang sangat teruk :( ...]

Cerita Tentang Blog
Apabila yakin tentang gambar yang dihasilkan oleh diri, barulah mula bergiat dalam penulisan blog. Kemahiran dalam photography banyak berkait rapat dengan pengalaman dalam mengambil gambar dan menghasilkan gambar yang berkualiti. Pengalaman amat penting dalam membuktikan mutu sesuatu gambar sebelum ditonjolkan kepada umum. Bermulanya dengan www.fototaklaku.blogspot.com dan sekarang kepada www.flickrjunk.blogdspot.com adalah satu pembaharuan dalam membina hasil seni yang menarik dan juga sebagai bidang yang menguntungkan. Kualiti amat diutamakan kepada setiap pelanggan, maka blog adalah platform untuk pelanggan melihat hasil seni yang dihasilkan oleh Kimy.
Sekian, Wasalam.

KimyKemas

Kesimpulan dan pesanan:
  1. sememangnya syok sendiri dalam penulisan. Bolehkah Kimy menjadi penulis Novel/ Komik selepas ini? Jangan biarkan Kimy diselubungi misteri...
  2. Kata pujangga "Tak kenal maka Tak cinta", kepada sesiapa yang telah membaca keseluruhan teks, jika anda rasa anda telah mengenali Kimy. Tidak ada salahnya jika anda mula mencintai Kimy terutama Gadis-gadis di luar sana... (pastikan gadis cute sahaja).
  3. Nombor telefon ada didalam important post-> wedding package. Telefon/ message apabila perlu sahaja. Ngorat-ngorat sorry (kalau ada blog/ sosial networking OK!).
Sorry for all English reader, i will never post this story in English.

8 comments:

Nyze 二ザ Crazee said...

adeyh2...

biography diri ni...

xD

kalau kimy minat melukis, niza minat menulis...
*melukis ia jugak..tapi da lama tinggalkan...

niza minat menulis sajak and cerpen...
tapi sekarang lebih kepada sajak...

segala sajak yang dibuat, berdasarkan pengalaman, mood, dan isi hati...

jgn lupa baca my new poem di blog...

"Dear Miss Raven"

xD

::ainbutterfly~ said...

ahha..kite lahir dibulan yg same..tp lain tahun maa..ngee~ so kimy ni sebaye my sis la..skrg dia stdy kt uitm kedah..yeke photography mcm melukis..nak tau tak..tgn sy ni mmg lgsg tak pandai melukis..nk lukis org lidi pn jadi tiang letrik..haha~

Unknown said...

Phewittt Bro!!!!
Gempak gila jalan cerita!!!
Maw sign!!!!
Hohohoh...

P/s :
Hrmmm, cewek2 indon kt
Qbay arituh pown cute2 gak!!!
Hahahaha....=)

Fatihah Chen said...

kimi! hahahaa.. aku dlm kategori gadis cute tak? ehek! salute cik abg kimi kita, ko bley buat hikayat lepas ni, tak pun jadi penglipur lara lpas pencen. Suka suka! agaga :P

kimomoto kozaima said...

kekeke ainbutterfly...asal lukih orng lidi leh jadi tiang letrik plak kekekeke pecah perut ku muahahahaha

Unknown said...

to niza = owh camtu, so niza ni artis lah jugak ek? hehehehe. ya betul tu, semuanya datang dari diri sendiri secara spontan besarkan suasana dan mood semasa bekarya. wah hebat lah poem yg niza buat. ermmm tapi kenapa tajuk dia miss RAVEN? raven tu niza lah??

to ain = wow yaka tak sangka kebetulan jek. adik ain cantik macam ain tak?? hehehe kimy ni cute taw (prasan jek)rekomen lah kimy kat adik ain tu, hehehe. kenapa lah plak jadi tiang lektrik?? harap2 nati bila guna software editing janganlah jadi tiang seri, apa2 jenis tiang lah. hahaha

to rizal = rizal owh rizal you ni kan gatal lah. I sangsi dengan U taw maybe gurlz or guyz. nak sagn? kat mana tu? semua tempat kat badan U, I boleh buat taw, hahaha. WHAT! cewek kat Qbay tu, URGHH toksah lah cakap...

to fatihah = YA! betul, anda dikalangan gadis cute FlickrJunk! dream gurlz..ya terima kasih kepada cik adik cute. nati kat mana lah nak letak kamera kalau jadi penglipur lara huhuhu.

to kimo = ko ni kan, suka sangat mengusik si ain tu. hahaha.

Nyze 二ザ Crazee said...

hooohohohoho.....

artis la sgt mr.kimy....
nape miss raven?
miss refer kpd perempuan...
raven refer to violence, greed...sort of la...

+tick-tock+ said...

anda lupa 1 ayat dlm dri anda...iaitu manja~ haha

Post a Comment