Entry kali ini ialah review untuk produk Powerex MH-C800S, review ini dibuat secara telus dan berani tanpa mengiklankan sebarang produk walaupun produk tersebut terdapat dalam artikel ini. MH-C800S ialah sejenis mengecas bateri yang dapat mengesan, serta membuat penilaian prestasi terhadap bateri yang dicaskan padanya. Mempunyai 8 slot bateri yang dapat memuatkan bateri AAA dan AA. Terdapat skrin LCD yang menunjukkan status bateri.
Terdapat 3 mode mengecas:
- Rapid Charge – untuk mengecas pada kadar segera. Dapat memenuhkan tenaga bateri dalam jangka masa 1 hingga 2 jam.
- Soft Charging – mengecas pada kadar biasa. Dapat memenuhkan tenaga bateri dalam jangka masa 2 hingga 4 jam. Dalam mode ini bateri akan bertahan lebih lama daripda Rapid Charge.
- Conditioning Mode – mode istimewa yang terdapat pada alat pengecas ini. Bateri akan dibuang cas (discharge) dan kemudiannya akan dicas semula (charge). Mode ini sesuai untuk memulihkan semula prestasi bateri walaupun telah lama digunakan.
Saya gunakan alat pengecas ini bersama bateri Powerex 2700mAH. Flash adalah alat yang cepat menghabiskan tenaga bateri, oleh itu untuk shooting perkahwinan saya gunakan bateri ini. Bateri ini telah dicaskan dengan mode Soft Charging dan dibiarkan untuk dipenuhkan tenaga selama lebih kurang 4 jam. Keesokan harinya, sesi shooting untuk perkahwinan berlangsung selama lebih kurang 8 jam dan kelapan-lapan bateri tersebut digunakan sentiasa dengan dimasukkan ke dalam Speedlite 430EX dan Speedlite 580EX. Jangka masa yang diperuntukkan untuk Flash dalam keadaan ready adalah kurang dari 1 saat (L.E.D hijau untuk charge dan bertukar merah apabila ready untuk kedua-dua speedlite ini). Sehingga sekarang (entry ini ditaip) ketika saya hidupkan Speedlite dengan menggunakan bateri tersebut, masa untuk keadaan Ready masih lagi kurang dari 1 saat. Hal ini menunjukkan bahawa bateri tersebut masih lagi dalam prestasi optimum.
Maklumat lanjut untuk produk ini anda boleh lawati www.mahaenergy.com/.
Kebaikan:
- Meningkatkan prestasi bateri
- Boleh menilai status bateri
- Soket wayar dari adapter ke pengecas tidak menggunakan soket standard.
- Tidak dapat melihat skrin di waktu gelap
80%
8 comments:
Phewittt!!!!
Gila besh charger hg!!!
Ader 3 mode yg wat aku
rasa cam berbaloi klo nk bli
tuh...=p
to rizal = amboi jangan lah buat bunyi camtu, i tergoda u. ya memang berbaloi untuk jangka masa yang panjang. bukan flash saja, suma barang yang guna bateri rechargeable AAA/ AA boleh guna charger ni.
haha kimi siap promote no tepon, nk suruh awek ngorat la tu, tgk kt pic last, ada no pon, ishh
hahaha
to taro = hahaha eh mana ada lah. entah camna tersnap pic yang last tu. aku tengok ok jek so post lah kat dalam blog. objektifnya cuma nak tunjuk kotak charger je. hehehehe
reply kimy to taro <---tipu2..haha
kimy - bateri yg dicas tu semestinya kne bateri yg leh dicas...atau bateri yg biasa2 pun bleh digunakan? lallaa~
to ayie = rechargeable battery AAA/ AA. semua jenama boleh asalkan boleh dicas semula. kalau bateri biasa resikonya boleh meletup kowt hehehe.
mana ada tipu lah ayie. aku rasa elok pic tu, lg pun malas nak edit pic. edit pun takat letak mark je
how much ye bende tuh? nak beli prime lense pn tgh out of bajet skrg ni..uwaaaaaaa~
to ain = harga dia sekitar Penang RM280, charger sahaja lebih kurang RM220. Ain ada pakai external flash tak? kalau pakai baru ain boleh bandingkan performance battery pakai dan tak pakai charger ni.
tak apa take your time untuk beli prime lense. lagi pun memang tak rugi kalau beli
Post a Comment