Showing posts with label Technique. Show all posts
Showing posts with label Technique. Show all posts

2012-01-23

Sikap Hormat

0 comments

Maaf kepada semua pembaca blog flickrjunk. Ya lebih 2 minggu tanpa sebarang update untuk kalian semua. Ok untuk entry pada kali ini, saya ingin berceritakan bagaimana untuk dihormati oleh golongan photographer lain. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh diamalkan untuk meningkatkan lagi kualiti hubungan antara 1 sama lain.

MASALAH: Banyak antara kita yang melakukan kajian dan pembelajaran sendiri daripada berguru. Banyak sumbar yang boleh digunakan seperti majalah, Internet dan sebagainya. Masalah utama adalah apabila kita ingin kongsi ilmu tersebut bersama rakan ataupun jurufoto lain. Memandangkan kita orang biasa dan tidak terkenal, kita hanya umpama individu yang ingin tunjuk pandai di depan mereka. Masalah ini lebih berkesan jika ada jurufoto yang lebih berpengalaman duduk semeja bersama kita semasa berbuai sama ada sesi TT (teh-tarik) dan sebagainya.

PENYELESAIAN: setiap manusia dilahirkan dengan sifat ego masing-masing, jadi anda tidak perlu risau. Dalam sesi sharing TT dan sebagainya anda hanya perlu berdiam diri sudah memadai dari terus bercakap dan berkongsi sesuatu. Mengapa saya berkata demikian? Jawapannya adalah sifat manusia itu sendiri yang tidak boleh menerima sesuatu ilmu atau pendapat dan dia merasakan dirinya adalah lebih hebat dari yang lain. Orang sebegini memang tidak boleh diubah lagi, jadi kita kongsi ilmu kepada individu yang memerlukan dan bertanya sesuatu kepada kita sahaja. YA ITU CUKUP!

MASALAH: Jurufoto yang lebih berumur tidak hormat pada jurufoto muda terutamanya dari segi fizikal. Memang tidak dinafikan banyak jurufoto muda yang tidak cukup kelengkapan dan hanya menggunakan kamera yang jauh lebih murah berbanding golongan berumur.

PENYELESAIAN: Pada pendapat saya golongan muda lebih kreatif dan lebih bersemangat dari golongan yang lebih berusia. Antara sebabnya ialah bila individu itu mempunyai ciri-ciri tua atau dia memang tua, terus orang akan anggap dia adalah seorang otai atau professional. Dari situ sifat lagak mula wujud dan dia mudah lupa diri. Pada golongan muda, disebabkan rupa fizikal anda, tambahan lagi yang jambu pasti mereka akan anggap anda seperti fashion victim atau pelajar universiti atau collage dengan jurusan photography, graphic, designer dan sebagainya. Golongan berusia sebegini biasanya banyak mengorek ilmu dari golongan muda dan mengaplikasikannya dan secara tidak langsung menjadikan beliau lebih berilmu untuk kelihatan gah di hadapan jurufoto lain dan secara tidak langsung tidak mempunyai perasaan berterima kasih kepada golongan muda tersebut akibat dari sikap tidak hormat yang dikatakan tadi. Apa yang kita boleh buat ialah biarkan saja, biarkan dia bersama rakannya yang seusia dengannya. Itu sahaja, mudah kan? Owh ya, sepekara lagi. Biasanya golongan berusia telah pun berkerjaya dan mempunyai pendapatan tetap, maka tidak hairan lah kelengkapan mahal mudah dibeli dan seterusnya mengangkat statusnya kepada professional berdasarkan kelengkapan canggih dan mahal. Walhal ia amatlah baru saja menceburi bidang photography, dan akhirnya membazir wang sahaja.

Masalah: menyebut perkataan “MALAS” untuk menutup kelemahan diri. Dari kajian yang saya lakukan banyak jurufoto suka menyebut perkataan malas untuk menutup kelemahan diri dari pelbagai aspek. Pengalaman ini saya ingin kongsi bersama anda kerana saya mempunyai ramai sahabat sebegini. Jika anda menyebut perkataan MALAS, berkemungkinan anda akan dipandang rendah oleh orang lain, kerana MALAS tiada ubatnya selain berdisiplin.

PENYELESAIAN: sangat mudah, mengaku saja bahawa itu anda tidak tahu daripada memberikan alasan malas. Hal ini biasanya berlaku pada jurufoto lama yang tiada peningkatan. Setuju? :-)

Penafian: artikel ini ditulis berdasarkan pendapat tentang pengalaman editor sendiri. Tiada kaitan antara hidup dan mati. Jika ada isu sensitif yang telah digunakan, ianya adalah tidak disengajakan.

Editor,
2012 (C) copyright, all right reserved.
Sila dapatkan izin pengarang untuk menggunakan meterial di sini.

2011-10-13

Idea Jangan Kau Lari

0 comments
Banyak antara kita yang mempunyai pelbagai idea, namun x semua idea tersebut adalah “fresh” yang datang dari diri sendiri. Pada kali ini ingin saya ceritakan bagaimana untuk selamatkan idea daripada hilang dan bagaimana mendapatkan idea “fresh” berdasarkan pengalaman.



Mula dengan idea fresh, saya selalu mengenangkan apakah yang dilakukan sepanjang hari, minggu dan jadikan kesimpulan. Setiap manusia ada pelbagai perkara harian yang berbeza, itulah yang menjadikan kita sangat unik berbanding dengan manusia lain. Jadi rutin harian itulah yang membuatkan perjalanan hidup sebagai sebuah cerita. Sebagai contoh, apabila anda pergi membeli belah anda terlihat beberapa orang peminta sedekah, dari situ anda mula membezakan diri anda dengan peminta sedekah tersebut. Maka perbagai cerita yang difikirkan dalam membezakan nasib antara anda dan peminta sedekah. Itu sudah menjadi suatu cerita walaupun secara tidak langsung.



Apabila fikiran mula berfikir lalu menghasilkan tindak-balas sebagaimana idea, maka jangan lupa untuk catatkan supaya tidak lupa. Saya selalu mencatatkan pelbagai idea yang datang dari tindak-balas persekitaran, seterusnya membantu dalam menghasilkan karya seni. Karya seni yang dihasilkan banyak menceritakan kehidupan manusia, boleh menjadikan masyarakat yang melihatnya lebih matang (itu pendapat saya).


Sampingan.
Kebanyakan entry dalam FlickJunk menceritakan hasil seni foto. Tidak banyak menceritakan kehidupan editor itu sendiri jika dibandingkan dengan foto-blog yang lain. Pada pendapat anda, adakah perlu untuk editor campur adukkan photo-blog dan cerita peribadi editor itu sendiri? Saya akan buat 1 ruangan pool.

2011-08-11

Soalan yang Kerap Didengar

0 comments
Pada entry kali ini saya ingin berkongsi tentang soalan yang kerap ditujukan kepada saya semasa aktiviti dan di mana-mana sahaja jika bertemu. Antara soalan lazim yang kerap ditanya ialah:

SOALAN:
Untuk merakam foto sukan, pemandangan, wajah dan sebagainya, mode apakah yang sesuai?

Untuk menjawab soalan tersebut, saya sering bertanyakan kembali apakah sebenarnya yang kamu mahukan dalam foto. Sebenarnya di zaman digital semuanya amatlah mudah, apa yang dimahukan terpulang kepada kamu. Penting kemahuan haruslah tidak semestinya bergantung kepada kamera sahaja kerana pasti ada limit. Berbalik kepada soalan, antara jawapan yang dapat kamu gunakan supaya berfikir ialah pendedahan “Exposure”, agak serius.



Apa yang lebih penting kenali kamera anda, untuk kenal kamera bukan sekadar hanya membaca buku panduan pengguna, malah terdapat pelbagai perkara yang perlu dicari. Sebagai contoh, jika kamu membeli sebuah kereta dan membaca panduan pengguna, ianya hanya sekadar membuatkan kamu mengenali produk kereta tersebut dan bukan mengajar kamu untuk memandu. Jadi kesimpulannya ialah kenali kamera anda terlebih dahulu dan barulah anda boleh menggunakannya secara lebih berhemah. Fahami setiap fungsi butang dan setiap perkara yang ada pada fizikal kamera, ianya akan membantu untuk lebih memahami dan mudah dalam setiap perkara yang anda mahukan di dalam merakamkan foto.

JAWAPAN: pada saya, akan memilih apakah yang dimahukan terlebih dahulu dalam merakamkan foto. Mode tidak menjadi masalah kerana telah tahu apa yang dimahukan. Apa yang penting ialah kawalan exposure haruslah betul supaya subjek kelihatan menyerlah atau elemen lain jika dimahukan dalam sesebuah foto. Shutter, apature, dan ISO jika kamu fahami konsep ianya boleh membuatkan menjadi lebih kreatif dalam apa jua situasi yang ingin dirakamkan.
Kesimpulannya: utamakan apa yang kamu mahukan, gunakan fikiran dalam menentukan setting yang dirasakan perlu, rakam foto yang indah pada fikiran anda, dan jangan lupa buat rujukan.

Nota: saya cuba untuk huraikan secara mudah dalam artikel ini. Jika ada sebarang soalan anda boleh hantarkan comment.

Editor,
2011 (C) copyright, all right reserved.
Sila dapatkan izin pengarang untuk menggunakan artikel ini.

2011-05-10

Soalan Lazim

0 comments
Berkaitan Blog.

S:
Mengapakah Blog FJ! Mempunyai layout (paparan) yang kecil?
J: Paparan yang kecil adalah untuk memudahkan Blog FJ! Dilayari di mana jua anda berada sama ada menggunakan telefon bimbit mahupun komputer riba. Selain itu page load (paparan elemen) akan menjadi lebih laju kerana saiznya yang kecil.

S: Gambar yang dipaparkan adalah kecil dan kurang jelas .
J: Anda boleh klik gambar tersebut untuk besarkan (enlarge). Di sini anda akan dibawa ke album Picasa di mana gambar tersebut di muat naik. Klik back pada panel browser untuk kembali ke Blog FJ!.

Berkaitan Perkhidmatan.

S:
Jika saya mahu jadikan anda sebagai jurufoto, apa perlu saya lakukan?
J: Hanya perlu hubungi saya, 019-5445039 atau melalui e-mail. Kemudian bayaran untuk tempahan boleh dilakukan setelah persetujuan dicapai.

S: Berapa lama album dapat disiapkan?
J: Dalam tempoh masa 3-4 bulan. Saya mengambil masa yang agak lama untuk memastikan kualiti terjamin. Selain itu saya juga banyak kali melalukan suntingan gambar yang agak berat seperti manipulasi dan sebagainya. Ada kalanya gambar kelihatan seperti Graphic yang melampau ITU ADALAH STYLE FJ!. Sila ambil perhatian supaya tidak wujud prasangka.

Berkaitan elektronik.

S:
adakah FJ! Melakukan kerja programming?
J: Ya, FJ! Melakukan kerja programming kepada pelbagai jenis projek. Biasanya berskala kecil dan sederhana yang melibatkan hingga 3 Microcontroller. Projek tersebut terdiri daripada Robotik dan Mesin yang sesuai kepada para pelajar yang menduduki “Final Projek”.

S: Apakah jenis consol atau litar bersepadu yang FJ! Gunakan?
J: FJ! Tidak sama sekali menggunakan PLC (programable Logic Control) hanya PIC (programable Intergrated circuit) yang digunakan. Antara jenis PIC yang digunakan ialah “MICROCHIP” 16F series dan “ATMEL – Atmega” 18 series.

S: Berapa lama projek dapat disiapkan?
J: Perhatian sila dapatkan khidmat FJ! Semasa semesta baru bermula... ini adalah untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Projek mengambil masa dalam 3 bulan bergantung pada skala.

Berkaitan Macromedia/ Adobe Flash

S
: Apakah konsep yang biasa FJ! Lakukan?
J: biasanya photo slidshow, Quiz, Short Movie, Full flash site dan lain-lain.

S: Bagaimanakah untuk design?
J: Anda diminta untuk berjumpa FJ! Untuk membuat lakaran idea, konsep, design dan sebagainya.

Jika anda ada soalan sila bertanya :)

Editor,
2011 (C) copyright, all right reserved.
Sila dapatkan izin pengarang untuk menggunakan artikel ini.

2010-10-20

Microsoft Paint

3 comments

Akibat suasana yang amat membosankan di dalam ATE (automated testing equipment) Laboratory, maka inilah hasilnya. Menggunakan Microsoft Paint pada window XP, Saya melukis. Kepada yang tidak tahu basic tool ini bolehlah: 1-klik Start, 2-Program File, 3-Accessories, 4-Paint.. selesai... :)

2009-01-26

Top Tips For Compelling Candids

4 comments
fightingShooting Date:28/10/08. ISO 200 18mm f/20 1/200sec
The teenage fighting in front of there house. I took this picture at midday and that was very hot. hehehe actually this is my friends act like this to make assignment.

Top tips for compelling candids

  1. Go public - Head to the places where you know there’ll be plenty of people around – more people mean more photo opportunities. You’re also much less likely to stand out in the busy places to which is a bonus
  2. Seize the moment - When you spot a photo opportunity for a candid shot, grab it! You’ll newer get a second change at that decisive moment. Have your camera ready in your hands, not draped around your neck.
  3. Blend in - If you can, try to be as inconspicuous as possible and avoid drawing attention to yourself. Try to blend into your scene and do as everyone else is doing. Draw the camera to your eye at the last moment.
  4. Go low - Shoot from the hip and many people won’t even notice you’ve got a camera with you. Practice framing shots from waist level. It’s tricky, so be prepared for lots of duff images, but it does get easier the more you do it.
  5. Keep it simple - Candid photography isn’t about stringent technical accuracy. Don’t risk missing shot by continuously changing setting – shot in ‘p’ mode and let camera do the work. Leave yourself free to watch.
2009 All right reserved. This article from Digital Camera Magazine issue 32 August 2008.
www.futurenet.co.uk/home/html
www.my-dcm.com

couple
Shooting Date:21/12/08. ISO 1600 18mm f/18 1/4sec
I took this this picture at Pesta Pulau Pinang. I don't know what are this couple doing in this picture, but I guess maybe discuss something with touching hands.