Banyak antara kita yang mempunyai pelbagai idea, namun x semua idea tersebut adalah “fresh” yang datang dari diri sendiri. Pada kali ini ingin saya ceritakan bagaimana untuk selamatkan idea daripada hilang dan bagaimana mendapatkan idea “fresh” berdasarkan pengalaman.
Mula dengan idea fresh, saya selalu mengenangkan apakah yang dilakukan sepanjang hari, minggu dan jadikan kesimpulan. Setiap manusia ada pelbagai perkara harian yang berbeza, itulah yang menjadikan kita sangat unik berbanding dengan manusia lain. Jadi rutin harian itulah yang membuatkan perjalanan hidup sebagai sebuah cerita. Sebagai contoh, apabila anda pergi membeli belah anda terlihat beberapa orang peminta sedekah, dari situ anda mula membezakan diri anda dengan peminta sedekah tersebut. Maka perbagai cerita yang difikirkan dalam membezakan nasib antara anda dan peminta sedekah. Itu sudah menjadi suatu cerita walaupun secara tidak langsung.
Apabila fikiran mula berfikir lalu menghasilkan tindak-balas sebagaimana idea, maka jangan lupa untuk catatkan supaya tidak lupa. Saya selalu mencatatkan pelbagai idea yang datang dari tindak-balas persekitaran, seterusnya membantu dalam menghasilkan karya seni. Karya seni yang dihasilkan banyak menceritakan kehidupan manusia, boleh menjadikan masyarakat yang melihatnya lebih matang (itu pendapat saya).
Sampingan.
Kebanyakan entry dalam FlickJunk menceritakan hasil seni foto. Tidak banyak menceritakan kehidupan editor itu sendiri jika dibandingkan dengan foto-blog yang lain. Pada pendapat anda, adakah perlu untuk editor campur adukkan photo-blog dan cerita peribadi editor itu sendiri? Saya akan buat 1 ruangan pool.
No comments:
Post a Comment