2011-08-10

GYP Central the First Exhibition

0 comments
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas kelewatan entry ini disebabkan sibuk dengan aktiviti harian. Kita terus kepada ulasan aktiviti, ini adalah pameran jalanan yang pertama kali dijalankan oleh GYP Central. Ramai antara ahli GYP yang sebahagian besar dari Universiti Selangor (UNISEL) telah mengambil bahagian pada kali ini. Walaupun terdapat banyak masalah yang timbul sebelum dan semasa aktiviti dijalankan namun ianya tidak memberi impak dan tetap diteruskan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Kami sempat merakamkan foto dan video untuk dikongsikan bersama, semoga terhibur.




ps: ini adalah artwork saya. hehehe :)











Tidak lupa juga kepada Jamie Koncept kerana telah merakamkan video.

sekian terima kasih. (^^")

2011-07-27

ArtDay INTERPRETATION Part 3: Electronic

0 comments
Pada kali ini konsep yang saya ketengahkan amat bergantung kepada elektronik. Lebih dua miggu awal saya telah programming microtroller untuk mendapatkan effect kepada artwork. Idea asal adalah untuk meletakkan sedikit pergerakan seperti robot. Namun idea tersebut gagal kerana error yang berlaku dan tidak dapat diatasi. Di dalam program aturcara dan simulasi semuanya berjalan lancar dan program berkerja seperti yang telah diprogramkan. Pada saat akhir terdapat banyak masalah dan seterusnya idea tersebut terpaksa dibatalkan. Jadi programming yang kedua bermula untuk megatasi masalah tersebut. Hanya lighting effect dan LCD screen berjaya disiapkan.


1. Setelah siap di-programkan dan dipasang pada Strip Board bersama module 40 Pins dsPIC Start-Up Kit

2. Lekatkan pita supaya kukuh pada tempatnya :)

  1. LCD module
  2. IR sensor
  3. Orange super-bright LED (sebagai lampu)

4. Antara paparan pada screen LCD.
5. Keseluruhan sebelum dipasang pada hari exhibition.

Kesimpulan: Gambar diatas diambil selepas exhibition. Terdapat banyak kelemahan dalam menjadikan litar elektronik lebih sempurna.

2011-07-13

ArtDay INTERPRETATION Part 2: The Video

0 comments
Terima kasih buat saudara Arie (My Stepped Production) kerana sudi menjadi sukarelawan sebagai videographer. Tanpa beliau, aktiviti yang meriah ini tidak dapat dirakam dan disaksikan oleh individu yang tidak dapat hadir dan juga kepada semua. Lebih lanjut anda boleh ke blog My Stepped Production (Klick disini). Antara video yang sempat dirakam, semoga terhibur.


Part 1

Part 2

Part 3

Part 4
Part 5