2010-03-11

Sensor (Penderia)

Terdapat pelbagai saiz sensor untuk pelbagai jenis kamera. Daripada kamera handphone hingga ke medium format, masing-masing mempunyai saiz dan ciri-ciri tersendiri. Saiz sensor boleh dibezakan berdasarkan gamba rajah di bawah.

Pelbagai jenis saiz sensor.

Soalan: Faktor yang mempengaruhi kualiti foto ialah saiz sensor itu sendiri. Kadang-kala foto yang dirakam dari kamera biasa lebih cantik dari kamera DSLR, jadi apakah tujuan membeli kamera yang mahal?

cantik dan kualiti adalah perkara berbeza. Jika kita mempunyai kemahiran merakam foto sudah tentu gambar dari kamera biasa sudah cukup menghasilkan foto yang cantik. Walau bagaimanapun kamera biasa tidak membenarkan kita set-kan segala setting yang kita mahukan sendiri dan pengguna lebih terarah untuk menggunakan mode automatik. Setiap setting mempunyai hadnya yang tersendiri kecuali high-end compact kamera yang fungsinya bagaikan DSRL namun tidak dapat tandingi DSLR walaupun foto tersebut cantik. Jika kita mempunyai kemahiran merakam foto dan menggunakan kamera jenis DSLR, foto yang dirakamkan mungkin menjadi lebih cantik dan semestinya berkualiti. Kualiti gambar banyak bergantung pada teknologi dan saiz sensor kamera itu sendiri. Mudahkan pemahaman anda dengan menggunakan 2 jenis kamera iaitu kompak dan DSLR yang mempunyai kapasiti pixel (MP) yang sama dan bandingkan. Anda akan dapat bezakan kualitinya dengan hanya melihat foto.

Saya adalah pengguna Canon, dan ini mungkin model yang dapat membantu anda.
Canon PowerShot A480 (10MP)
Canon PowerShot G11 (10MP) high-end compact
Canon EOS 1000D (10MP) compact DSLR
Canon EOS 40D (10MP) midrange DSLR

Tentu anda dapat bezakan kualiti walaupun kesemua model tersebut mempunyai kuantiti pixel yang sama. Maka saiz sensor memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti sesuatu foto.


Lihat bahagian shadow, noise telah dikurangkan dengan kerja suntingan.

Saiz sensor mempengaruhi:
Harga – YA! Sudah tentu harga menentukan apakah jenis kamera. Kamera murah sudah tentu terdapat pada kamera kompak yang saiz sensor lebih kecil. Semakin besar saiz sensor seperti DSLR yang mempunyai saiz sensor APS-C, Full-Frame kemudian medium format, harganya sudah tentu lebih berlipat kali ganda mahal.

Teknologi – Biasanya kamera kompak menerajui teknologi tetapi DSLR juga tidak kurang hebatnya. Kamera kompak menerajui teknologi disebabkan oleh strategi pemasaran. Biasanya pengguna akan lebih berminat untuk membeli kamera yang berkebolehan dan memudahkan kerja merakam foto. Jadi di situ terdapat pelbagai teknologi yang dibangunkan seperti Dual-anti Noise System. Teknologi ini adalah untuk mengurangkan kesan Noise pada foto walaupun saiz sensor adalah kecil. Kepada pengguna yang mempunyai kemahiran, kelebihan ini tidak semestinya penting kerana teknik yang betul serta kerja suntingan dapat mengurangkan kelemahan foto tersebut. Pengguna DSLR pula boleh dikatakan tidak mengikut aliran teknologi disebabkan kewangan (bukan semua pengguna). Biasanya body DSLR yang mahal dapat digunakan hingga bertahun lamanya. Dalam tempoh tersebut perbagai teknologi baru dibangunkan sebelum pengguna itu sendiri mampu menggantikan body DSLR yang lama kepada baru. Teknologi sensor tidak kurang hebatnya dengan saiz kompak, sensor DSLR mempunyai sejenis kanta yang amat kecil yang terletak di hadapan setiap photo diode di dalam sensor, dikenali sebagai MicroLens. Lens ini bertujuan supaya setiap cahaya (cahaya terdiri daripada gelombang elektromagnet yang spektrum frekuensinya adalah lebih tinggi dari infra-merah dan rendah dari ultra-ungu) tepat menuju photo diode sebagai sasaran. Maka lebih banyak atau dinamik cahaya itu kelihatan pada setiap pixel menjadikan warna lebih menarik (jumlah pixel berkadar terus dengan jumlah photo diode). Microlens hanya terdapat pada sensor DSLR midrange sahaja, untuk compact DSLR (entry level) tidak terdapat microlens walaupun saiz sensor sama.


Tukarkan foto yang mempunyai banyak noise kepada mode grayscale + duo tone.

Kualiti – Adalah sangat penting jika anda melibatkan foto anda secara komersial. Jika anda mahu libatkan diri dalam perniagaan yang berunsurkan photography, kualiti adalah kayu-ukur kerjaya anda. Seperti yang telah dikatakan tadi, gambar yang cantik tidak semestinya berkualiti. Biasanya saiz sensor yang berkait dengan kualiti sesuatu foto. Sensor yang besar dapat menghasilkan foto yang lebih bersih, warna yang seakan asli pada setiap pixel. Isu noise memang menjadi topik utama jika kita menggunakan ISO yang agak tinggi. Biasanya noise akan mula kelihatan pada foto dari ISO 400 dan berikutnya. Dalam hal ini noise banyak mengganggu foto dan apabila kita mengurangkan noise berdasarkan firmware yang dibekalkan, maka kita telah menghilangkan details gambar tersebut. Dari mana datangnya noise? Noise datang dari litar AD converter di dalam kamera anda. Apabila photodiode mengesan cahaya, isyarat elektrik akan dihantar ke penguat (amplifier) untuk memudahkan AD converter mentafsirkan dan menukar isyarat elektrik (analog) kepada digital. Apabila kita melaraskan nilai ISO, kita juga mengubah kadar kekuatan isyarat keluaran dari amplifier ke AD converter. Mudahkan pemahaman anda dengan menggunakan radio kaset, volume rendah bunyi bersih kedengaran. Apabila kita melaraskan volume ke aras yang lebih tinggi, kita bukan sahaja dengar muzik tersebut tetapi hingar juga turut kedengaran. Berdasarkan contoh tersebut, mungkin anda dapat bayangkan bagaimana noise memberi kesan.


ISO tinggi membolehkan anda menggunakan shutter speed dengan lebih laju.

Sebernaya saya tidak mempunyai pendidikan formal tentang photography. Pengalaman dan kajian yang saya lakukan bertahun lamanya membuatkan artikel seperti ini dikarang.

Semoga artikel pada kali ini dapat memberi input kepada anda. Jadi apakah jawapan pada soalan yang terdapat pada permulaan artikel ini? Saya pasti anda sendiri tahu jawapanya.

Editor,
2010 (C) copyright, all right reserved.
Sila dapatkan izin pengarang untuk menggunakan artikel ini.

2 comments:

AeMcSketch said...

wow..dh leh jd sifu ko ni...
post ni pasti dpt jadi panduan pada aku kelak. :) thanks.

Unknown said...

to ayie = masih belum tahap sifoo. banyak lagi yg perlu belajar. (^^)

Post a Comment