2010-08-13

Kisah Habuk Lagi..

Habuk memang tidak dapat dipisahkan dengan sensor kamera. Baru-baru ni saya menguji kesan habuk pada sensor, dan hasilnya tidak mengecewakan kerana terdapat banyak tompokkan habuk. Lalu saya ke bilik mandi bersama kamera, bukan tujuan memandikan kamera tapi ingin membersihkan sensor. Setelah selesai kerja pembersihan, namun masih terdapat lagi kesan tompokan habuk. Pengalaman ketika waktu dahulu (Body lama) banyak memberikan pengajaran supaya jangan terlalu berlagak bijak membersihkan kesan degil dengan melakukannya sendiri.


Kesan habuk yang terdapat pada sensor sebelum dibersihkan.

Sebagai langkah berjaga-jaga dan disebabkan saya adalah pengguna Canon, saya tidak melakukannya sendiri. Menggunakan “Dust Delete data”, saya akan cuba obtain data yang paling tepat dimana kesan tompokkan itu kelihatan. Kesan habuk boleh dibuang sepenuhnya secara automatik dengan menggunakan perisian "Digital Photo Professional" yang didatangkan khas secara percuma kepada pengguna Canon. Jika ada masa dan kewangan yang mencukupi (untuk ke Peremba Squre) akan saya ke Canon service center untuk menghapuskan kesan habuk tersebut.


Setelah dibersihkan di dalam bilik mandi dengan menggunakan blower. masih terdapat tompokkan yang degil.

Untuk artikel tentang habuk dan kesan sensor bercalar pada body kamera lama yang saya miliki, anda boleh klik link ini. Bagaimana Untuk Mengesan Kesan Habuk Pada Sensor.

2 comments:

s h a f i q h a s h i m _____ said...

camera aku pon ada la. kalau gi clean berapa ehh??

aku nye sony .

Unknown said...

shafiq = free jek, x kena charge pn. cuma klu servis kat kedai biasa mungkin ada charge. kena hantar ke servis center yg tu terbaik. :)

Post a Comment