INTERPRETATION atau dalam bahasa Malaysia yang lebih dikenali sebagai interpretasi adalah tema utama pada ArtDay kali ini. Pada kali ini, setiap para peserta perlu menyiapkan hasil seni mengikut jalan penceritaan yang terdapat dalam sesebuah lagu. Setiap lagu yang dicipta oleh komposer untuk artis menyanyikannya mempunyai sesuatu penyampaian sama ada yang tersirat mahupun tersurat.
Berlangsung pada 25 Jun 2011 di Pantai Queensbay Mall, desiran ombak membuatkan suasana bertambah damai. Dianggarkan seramai lebih 200 orang pengunjung yang tiba untuk memeriahkan suasana. Penting untuk pengetahuan semua, aktiviti ini adalah dijalankan oleh GYP (Gen Youth Photohunter)..
Antara gambar yang sempat dirakam, terima kasih kepada Zam Fotogeneral kerana membantu menyiapkan persiapan akhir dan juga merakam foto suasana.
No comments:
Post a Comment