Pada entry kali ini saya ingin berkongsi tentang soalan yang kerap ditujukan kepada saya semasa aktiviti dan di mana-mana sahaja jika bertemu. Antara soalan lazim yang kerap ditanya ialah:
SOALAN:Untuk merakam foto sukan, pemandangan, wajah dan sebagainya, mode apakah yang sesuai?
Untuk menjawab soalan tersebut, saya sering bertanyakan kembali apakah sebenarnya yang kamu mahukan dalam foto. Sebenarnya di zaman digital semuanya amatlah mudah, apa yang dimahukan terpulang kepada kamu. Penting kemahuan haruslah tidak semestinya bergantung kepada kamera sahaja kerana pasti ada limit. Berbalik kepada soalan, antara jawapan yang dapat kamu gunakan supaya berfikir ialah pendedahan “Exposure”, agak serius.
Apa yang lebih penting kenali kamera anda, untuk kenal kamera bukan sekadar hanya membaca buku panduan pengguna, malah terdapat pelbagai perkara yang perlu dicari. Sebagai contoh, jika kamu membeli sebuah kereta dan membaca panduan pengguna, ianya hanya sekadar membuatkan kamu mengenali produk kereta tersebut dan bukan mengajar kamu untuk memandu. Jadi kesimpulannya ialah kenali kamera anda terlebih dahulu dan barulah anda boleh menggunakannya secara lebih berhemah. Fahami setiap fungsi butang dan setiap perkara yang ada pada fizikal kamera, ianya akan membantu untuk lebih memahami dan mudah dalam setiap perkara yang anda mahukan di dalam merakamkan foto.
JAWAPAN: pada saya, akan memilih apakah yang dimahukan terlebih dahulu dalam merakamkan foto. Mode tidak menjadi masalah kerana telah tahu apa yang dimahukan. Apa yang penting ialah kawalan exposure haruslah betul supaya subjek kelihatan menyerlah atau elemen lain jika dimahukan dalam sesebuah foto. Shutter, apature, dan ISO jika kamu fahami konsep ianya boleh membuatkan menjadi lebih kreatif dalam apa jua situasi yang ingin dirakamkan.
Kesimpulannya: utamakan apa yang kamu mahukan, gunakan fikiran dalam menentukan setting yang dirasakan perlu, rakam foto yang indah pada fikiran anda, dan jangan lupa buat rujukan.
Nota: saya cuba untuk huraikan secara mudah dalam artikel ini. Jika ada sebarang soalan anda boleh hantarkan comment.
Editor,
2011 (C) copyright, all right reserved.
Sila dapatkan izin pengarang untuk menggunakan artikel ini.
2011-08-11
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment