2011-03-23

Budaya Sekarang dan Masalah

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca Blog FJ!. Artikel kali ini saya akan memperkatakan tentang budaya dan masalah. Seperti sedia maklum kita tahu bahawa budaya fotografi semakin menular di kalangan anak-anak muda dewasa ini. Maka tidak hairanlah jika anda terserempak dengan pelajar sekolah, IPT dan lain lagi membawa kamera bersamanya walaupun hanya ke pasar atau melakukan aktiviti riadah. Jadi apakah faktor yang membuatkan mereka menjadi minat dan seterusnya menjadi trend masa kini serta permasalahan?
Faktor paling utama yang saya rasakan agak tepat adalah disebabkan faktor sekeliling. Faktor ini disokong lagi dengan lambakkan foto-foto yang diambil dan dimuat naik ke dalam laman Facebook dan sebagainya. Gambar yang berkualiti pasti menjadi ikutan kepada pengguna Facebook yang lain. Kawan juga turut memainkan peranan dalam mempengaruhi individu untuk berkecimpung dalam bidang fotografi atau hobi ini. Maka tidak hairanlah jika anda keluar bersiar-siar dan lepak di mana-mana tempat menarik anda akan terlihat sekumpulan juru foto ke sana dan ke sini. Jadi di sini faktor sekeliling dan laman maya turut memainkan peranan.
Semakin hari jika kita dapati semakin banyak budaya “Tag” gambar dari beginner kepada otai-otai fotografi di luar sana dan mengharapkan komen yang membina atau pujian daripada otai tersebut kepada hasil kerja yang mereka lakukan. Di sini amat berani saya katakan bahawa ramai di kalangan beginner yang ingin dikenali dengan cara yang pantas. Fotografi adalah proses pembelajaran yang berterusan dan amat bergantung kepada pengalaman dalam membentuk kemahiran. Sebagai satu contoh, jika seseorang itu minat mengambil gambar landscape sudah tentu pengalaman beliau dalam merakamkan situasi tersebut menjadi pengajaran kepada beliau. Bayangkan jika beliau berusaha merantau dan mengambil masa yang lama, sudah tentu terselip foto yang amat menarik di dalam koleksi beliau. Bayangkan pula beginner yang baru berjinak dan belum merantau ingin dirinya di kalangan berjaya, tentu amat lucu. Dalam konteks ini bukan merantau sahaja malah termasuk perbagai faktor lain.
Harga dan harga pasaran tentu menjadi suatu persoalan apabila semakin ramai yang berkecimpung dan menjadikannya sumber pendapatan sampingan. Kepada yang telah mempunyai pendapatan tetap, perkara ini tidak menjadi masalah kerana anda berhadapan dengan risiko rendah, lain pula kepada juru foto yang menjadikan khidmatnya sebagai sumber pendapatan utama. Soal penentuan harga haruslah dibincangkan bersama dan diselaraskan agar kita berada dalam “situasi menang-menang”. Sebagai informasi kepada anda, sebenarnya client tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada kita. Hanya harga yang mampu mengangkat level dan kepercayaan client kepada kita. Adakah kita juru foto kampung yang hasil seninya agak biasa atau juru foto yang profesional yang hasil seninya dinilai, anda yang menentukannya. Pada pendapat saya semua ini ditentukan oleh harga perkhidmatan yang anda letakkan kepada client. Seperti biasa apabila meletakkan harga lebih kerja juga haruslah lebih agar setimpal dengan harga bayaran yang diberikan oleh client.
Konklusinya, anda haruslah menilai diri anda di manakah tempat sepatutnya. Kepada yang baru menceburi bidang ini janganlah berlagak seperti otai dan janganlah kita bertelagah disebabkan isu gambar di alam maya. Beginner yang baru berjinak dalam bidang ini, ingatlah perjalanan anda adalah jauh kerana ianya adalah pembelajaran yang berterusan. Jika anda rasakan gambar yang dan rakamkan adalah sangat cantik, ingat itu semuanya disebabkan kecanggihan kamera yang anda gunakan dan bukan dari minda. Minda yang cergas dalam merakamkan gambar datangnya dari pengalaman, kerana anda telah mengetahui sesuatu. Jika tidak yakin dengan gambar yang anda bakal hasilkan janganlah menjadi official photographer untuk majlis orang, cari yang lebih mahir dan belajarlah dari situ (di-tag atau backup) dan bukannya meletakkan harga yang agak kurang pedoman.

(saya mengaku yang saya juga masih muda dalam bidang ini)

Editor,
2011 (C) copyright, all right reserved.
Sila dapatkan izin pengarang untuk menggunakan artikel ini.

No comments:

Post a Comment