2011-03-17

Mark History



Cerita disebalik logo dan bagaimana terciptanya

Fototaklaku:
Fototaklaku adalah gabungan perkataan "foto tak laku" yang dimuat naik sekitar July 2007. Pada tahun tersebut adalah titik permulaan saya dalam dunia fotografi. Kamera pertama iaitu DSLR dibeli dalam sekitar Julai 2007.

FlickrJunk aka FJ:
Flickrjunk adalah bermaksud kerlipan sampah, tentu anda tertanya mengapa diberi word "JUNK" atau sampah dan hampas. Sebernarnya saya berasakan hasil fotografi yang saya hasilkan kurang memuaskan dan masih mencari formula dan kemahiran. Dari situ nama Flickrjunk mula dipopularkan dalam blog dan bermulanya menggunakan Yahoo Flickr kepada umum. Disebabkan itu idea dan konsep logo ini diambil dari logo Flickr. Wujud pada hari pertama dalam tahun 2009.

FlickrJunk (compass):
Akibat bosan dengan rekabentuk logo Flickrjunk versi pertama maka versi kedua tercipta. Saya adalah penggemar permainan video bersiri iaitu Half-life yang menggunakan enjin Source. Berdasarkan logo tersebut yang kelihatan agak menarik, muncul idea bagaimana logo Flickrjunk versi kedua. Logo ini saya banyak gunakan dalam komersial dan diletakkan dalam Custom Album, Business Card dan lain-lain. Wujud pada 15 Januari 2010.

AHa:
AHa? apakah itu? Ia adalah singkatan nama saya iaitu "Ahnaf Hakimi". Logo ini adalah logo yang terbaru dihasilkan dan masih tidak banyak digunakan. Biasanya logo ini akan saya bayakkan penggunaan dalam hasil seni peribadi dan bukan komersial.

No comments:

Post a Comment