2009-12-28

Aktiviti Ketika Di Tingkatan 5

4 comments
Ketika sewaktu saya tingkatan 5, boleh dikatakan sangat aktif dalam penghasilan aplikasi Flash. Waktu itu juga jiwa menjadi semakin extrem dengan skateboarding. Walaupun SPM makin hampir tapi saya tetap khayal dengan dunia yang dikawal oleh perasaan. Akhirnya saya kecundang dan keputusan SPM setakat "biasa sahaja"- kata saya ketika ditanya. Saya memang tidak akan dapat ke Universiti, hanya Politeknik yang mampu. Setelah saya google kembali album Photobucket yang di-signup ketika di tingkatan 4 dahulu, lalu telah menjumpai hasil karya yang saya sendiri hampir lupakan. Aplikasi ini dibuat ketika di tingkatan 5, dan saya amat sukakannya. Terdapat e-mail lama dalam aplikasi tersebut yang kini saya sudah tidak lagi digunakan. Kepada anda semua, sila mencuba aplikasi ini untuk kenali diri anda sebenarnya. Ia amat menyoronokkan.

UjiDiri


Apabila difikirkan kembali, saya hanya gelakkan diri sendiri. Saya pasti, anda juga akan gelakkan diri sendiri bila teringat kenangan sewaktu bersekolah. HAHAHA :D

2009-12-24

Bagaimana Untuk Mengesan Kesan Habuk Pada Sensor.

2 comments
Selamat sejahtera 1 Malaysia.
Sudah lama saya tidak menaip artikel berkaitan photography. Rasa bersalah tetap ada kepada pembaca setia blog FlickrJunk. Entry kali ini adalah berkaitan dengan cara untuk mengesan kehadiran habuk pada sensor kamera anda. gambar di bawah menunjukkan keadaan sensor yang telah bercalar. (sebenarnya itu kamera saya sedihnya huhuhu)


Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:
  1. Cuci paparan screen monitor anda. Monitor LCD adalah digalakkan. Nota: terdapat kesan surihan balik (Monitor CRT) hasil dari pegerakan setiap elektron warna RGB dalam proses penghasilan paparan. Biasanya 50Hz dan jika shutter speed cukup laju maka kesan akan kelihatan. LCD adalah teknologi dimana cecair digunakan untuk menapis cahaya putih dari backlight. Struktur cecair adalah dalam keadaan tidak tersusun, setelah arus elektrik dibekalkan truktur cecair akan tersusun dan menghasilkan warna tertentu mengikut bit. terdapat beberapa bit: 1-bit untuk 1 warna seperti kalkulator hinggalah 32-bit true color. (sumber: modul Audio-visual dan basic electronic component work)
  2. Buka aplikasi yang mempunyai background bewarna putih (gunakan notepad dan maximize)
  3. Gunakan DSLR anda dan setkan kepada AV (canon), A (nikon) mode untuk mengubah nilai apature. Nota: Dalam hal ini soal kelajuan shutter boleh diabaikan kerana kita hendak snap paparan monitor. Kamera akan automatik memilih nilai yang sesuai untuk maintain exposure. Jenis metering mode juga boleh diabaikan kerana setiap metering sensor akan memberi nilah yang sama jika difokuskan secara sekata.
  4. Pilih nilai bukaan apature yang paling kecil. Nilai yang dicadangkan ialah F22.
  5. Biasanya Auto Focus akan gagal berfungsi kerana objek adalah terlalu bright (terang). Gunakan Manual Focus sehingga titik-titik pixel pada monitor boleh nampak.
  6. Snap the picture gambar paparan aplikasi yang berbackground tadi.
  7. Download-kan ke dalam komputer
  8. Buka gambar dengan aplikasi Adobe Photoshop
  9. Sekarang ubah level kepada Auto Level. Image-> adjustment-> auto level
  10. perhatikan gambar putih tersebut. Jika ada tompokan hitam, boleh anda mencuci sensor.

Walaubagaimanapun jika kita mengambil gambar pada apature besar (F2.8 hinngga F5.6) kesan habuk juga boleh dikurangkan.

Hak cipta terpelihara, 2009 all right reserved.
Sila dapatkan izin editor untuk gunakan artikel ini.
Kimy, FlickrJunk!