2010-06-10

Pembunuh Buaya

1 comments
Hasil kerja kali ini ialah menceritakan tentang suasana pekerjaan seorang pembunuh buaya. Walaupun cuaca tidak mengizinkan tetapi demi mencari rezeki, pekerja ini sanggup meredah semua halangan.



Manipulasi ini memakan masa hampir 4 jam untuk disiapkan. Sememangnya jika ada idea kerja menjadi lebih pantas, akan tetapi jika tiada beginilah jadinya. Setelah siap hasil kerja ini di-uploadkan ke laman facebook, terdapat banyak juga respons yang saya peroleh. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang mendukacitakan, antaranya ialah gambar terlalu gelap. Untuk mendapatkan mood seram dalam suasana malam, gambar haruslah gelap tetapi kesan tersebut terlalu berlebihan . kesan yang berlebihan membuatkan gambar buaya yang terletak pada kaki model tidak kelihatan (sesetengah monitor), alangkah ruginya jika subjek yang juga turut penting tidak kelihatan.



Menyedari hal itu, saya membuat suntingan semula untuk memperbaiki bahagian yang bermasalah. Antara pengubahsuaian ialah mencerahkan kembali kulit buaya dan membaiki kesan bayang yang terdapat pada setiap struktur kulit buaya. Mencarahkan pantulan langit pada air di belakang subjek dan seterusnya mengubah kedudukan kilat agar lebih selari.



Ribuan terima kasih diucapkan kepada gang GenYouth Photohunter kerana menjalankan aktiviti Our Love Outing dan kepada peserta yang menyumbangkan peralatan photography seperti perkakasan pencahayaan. Tidak lupa juga kepada ODY DOZZ (wawawee) yang telah menjadi model pada hari tersebut bersama rakan-rakannya. Sempat juga mereka mandi air laut sementara peralatan kemera dipasang.

Info tentang Ody Dozz:
http://www.facebook.com/odydozz
www.residentadvisor.net/profile/odydozz

2010-06-01

Artwork Terakhir Sebelum Tinggalkan Rakan

2 comments
Pejam celik pejam celik sudah cukup 3 tahun saya menjadi pelajar IPTA dan tak lama lagi menerima segulung diploma. Bermacam pengalaman dan ragam yang manis dan pahit dilalui bersama sebagai seorang sahabat. Namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan yang hidup pasti akan mati. Saya sedari hakikat itu dan terus menguatkan kaki melangkah terus ke hadapan kerana yang pasti masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Kini saya di rumah menikmati masa rehat sebelum bekerja buat sementara waktu sebelum meneruskan pelajaran ke tahap ijazah. Di waktu rehat sebegini terkenang kembali setiap wajah-wajah yang pernah saya lihat di IPTA apatah lagi rakan sekelas. Boleh dikatakan kelas saya adalah di antara kelas yang paling riuh dengan gelak ketawa setiap rakan. Kesemuanya bermuka happy dan seolah-olah tiada sengketa di antara kami, ini adalah kerana kami sering bersatu-padu.



Di sebalik gambar ilustrasi di atas tersembunyi perbagai kisah di sebalik pembikinan dan persahabatan. Semasa saya membuat lakaran gambar gadis tersebut seorang diri di dalam bilik, sedang asyik menggerakkan pensel mekanikal (pensel mekanikal hanya sesuai untuk melukis lukisan kejuruteraan dan bukan komik atau ilustrasi) lalu seorang sahabat menegur. Terkejut saja dibuatnya kerana tiba-tiba dia muncul, mungkin dia sudah lama muncul tetapi kehadiran tidak disedari kerana terlalu asyik.



Setelah selesai membuat lakaran, langkah seterusnya adalah scan untuk masukkan gambar tersebut ke dalam kompter. Nasib baik ada mesin scanner yang dibawa oleh seorang lagi sahabat saya ke rumah sewa. Gambar telah pun dimasukkan ke dalam komputer dan proses seterusnya ialah kerja suntingan untuk membuatkan gambar tersebut lebih kelihatan realistik.



Lukisan saya dibantu sepenuhnya oleh komputer. Di waktu kerja suntingan dilakukan, dan seperti biasa saya berseorangan di dalam bilik untuk lebihkan konsentrasi. Tiba-tiba bunyi pintu dibuka dan apa lagi kesemua sahabat (housemate) masuk ke dalam rumah setelah selesai makan malam di luar. Mereka meluru masuk ke dalam bilik dan melihat apa yang saya lakukan. Adoih~~... kantoilah pulak dengan mereka, nak berseni pada awek yang dilukis pun mula rasa tak senang dan rimas. Mereka apa lagi mulalah ganggu saya dan buat kacau di dalam bilik itu.



Begitulah kisahnya cabaran yang saya lalui sepanjang penghasilan ilustrasi ini. Apabila gambar ini siap dan setiap kali melihat saya pasti terkenang pada mereka. Mereka begitu nakal (maklumlah lelaki bila lihat gambar awek, HAHAHA) sehingga mengganggu fikiran saya yang sedang berkarya. Semuanya hanya tinggal kenangan yang begitu bermakna kepada saya.



Kepada sahabat serumah (housemate) di taman KTC 1 Kulim Kedah yang terbaca entry ini. Percayalah bahawa anda akan sentiasa di ingati hingga suatu hari nanti ketika saya menutup mata buat selama-lamanya. Korang memang best! Sentiasa tolong dalam kesusahan, sentiasa faham perasaan masing-masing, sentiasa bertolak-ansur dan memberi tiru tugasan yang diberikan oleh pensyarah HAHAHA.