2011-08-25

Album Mysterious

0 comments
Entry kali ini adalah untuk hebahan umum bahawa suatu album yang mempunyai konsep misteri telah disiapkan. Buat masa ini hanya sekadar beberapa keping gambar, ya penambahan juga akan dilakukan untuk menyerikan lagi isi kandungan album tersebut. OK di mana album itu berada? Anda boleh melawat laman Facebook milik editor blog FJ! Orait you all, lets enjoy.


Title: hide behind something to avoid.
Description: beware they are watching us.


Title: another way around
Description: even we lost in journey, there is the way.


Title: mystery behind me
Description: watch and watch and ...


Title: I walk alone and walk alone
Description: 2 road, to the dark and to the future.


Video dari Jamie Konsept, thanks to him :)

2011-08-11

Soalan yang Kerap Didengar

0 comments
Pada entry kali ini saya ingin berkongsi tentang soalan yang kerap ditujukan kepada saya semasa aktiviti dan di mana-mana sahaja jika bertemu. Antara soalan lazim yang kerap ditanya ialah:

SOALAN:
Untuk merakam foto sukan, pemandangan, wajah dan sebagainya, mode apakah yang sesuai?

Untuk menjawab soalan tersebut, saya sering bertanyakan kembali apakah sebenarnya yang kamu mahukan dalam foto. Sebenarnya di zaman digital semuanya amatlah mudah, apa yang dimahukan terpulang kepada kamu. Penting kemahuan haruslah tidak semestinya bergantung kepada kamera sahaja kerana pasti ada limit. Berbalik kepada soalan, antara jawapan yang dapat kamu gunakan supaya berfikir ialah pendedahan “Exposure”, agak serius.



Apa yang lebih penting kenali kamera anda, untuk kenal kamera bukan sekadar hanya membaca buku panduan pengguna, malah terdapat pelbagai perkara yang perlu dicari. Sebagai contoh, jika kamu membeli sebuah kereta dan membaca panduan pengguna, ianya hanya sekadar membuatkan kamu mengenali produk kereta tersebut dan bukan mengajar kamu untuk memandu. Jadi kesimpulannya ialah kenali kamera anda terlebih dahulu dan barulah anda boleh menggunakannya secara lebih berhemah. Fahami setiap fungsi butang dan setiap perkara yang ada pada fizikal kamera, ianya akan membantu untuk lebih memahami dan mudah dalam setiap perkara yang anda mahukan di dalam merakamkan foto.

JAWAPAN: pada saya, akan memilih apakah yang dimahukan terlebih dahulu dalam merakamkan foto. Mode tidak menjadi masalah kerana telah tahu apa yang dimahukan. Apa yang penting ialah kawalan exposure haruslah betul supaya subjek kelihatan menyerlah atau elemen lain jika dimahukan dalam sesebuah foto. Shutter, apature, dan ISO jika kamu fahami konsep ianya boleh membuatkan menjadi lebih kreatif dalam apa jua situasi yang ingin dirakamkan.
Kesimpulannya: utamakan apa yang kamu mahukan, gunakan fikiran dalam menentukan setting yang dirasakan perlu, rakam foto yang indah pada fikiran anda, dan jangan lupa buat rujukan.

Nota: saya cuba untuk huraikan secara mudah dalam artikel ini. Jika ada sebarang soalan anda boleh hantarkan comment.

Editor,
2011 (C) copyright, all right reserved.
Sila dapatkan izin pengarang untuk menggunakan artikel ini.

2011-08-10

GYP Central the First Exhibition

0 comments
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas kelewatan entry ini disebabkan sibuk dengan aktiviti harian. Kita terus kepada ulasan aktiviti, ini adalah pameran jalanan yang pertama kali dijalankan oleh GYP Central. Ramai antara ahli GYP yang sebahagian besar dari Universiti Selangor (UNISEL) telah mengambil bahagian pada kali ini. Walaupun terdapat banyak masalah yang timbul sebelum dan semasa aktiviti dijalankan namun ianya tidak memberi impak dan tetap diteruskan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Kami sempat merakamkan foto dan video untuk dikongsikan bersama, semoga terhibur.




ps: ini adalah artwork saya. hehehe :)











Tidak lupa juga kepada Jamie Koncept kerana telah merakamkan video.

sekian terima kasih. (^^")