2011-11-27

Suasana Exhibition Penang B&W

5 comments


Hye, kawan-kawan reader Blog FlickrJunk. Pertama sekali saya ingin tujukan maaf kepada anda semua kerana 2 minggu tak update disebabkan sibuk. OK pada exhibition Penang B&W yang lalu saya telah turut serta dalam meletakkan artwork. Event tersebuat dijalankan di 1st Avenue Penang dan berlangsung selama hampir 12 jam dalam 1 hari. Terima kasih diucapkan kepada semua kawan-kawan dan pengunjung yang sudi hadir dalam memeriahkan hari tersebut. Berikut adalah beberapa keping foto pada hari Exhibition Penang B&W.

credit to Andrew koe

credit to Andrew koe







ps: akhirnya menang jugak dalam ketegori persembahan terbaik. :)

2011-11-01

Manipulasi

0 comments
Banyak kawan-kawan yang bertanyakan bagaimana Kimy blend materials dalam artwork sehingga nampak realistik dan benar-benar wujud. So untuk entry kali ini Kimy ingin menjawab soalan tersebut. Anggap saja ini hanya perkongsian ilmu, nanti ada pula yang tidak berpuas hati. Sebenarnya dalam mendapatkan blending yang masuk dan kena mengena dengan suasana, Research haruslah dilakukan. Perancangan adalah penting dalam setiap artwork yang diatur.

Antara beberapa tips:
  1. Lakaran idea
  2. Kaji latar gambar
  3. Kaji arah cahaya pada latar
  4. Kenali sifat subjek
  5. Faham konsep fizik
  6. Perfect lighting
  7. Editing software
  8. Review
Lakaran idea
Setiap artwork yang Kimy lalukan mesti ada lakaran idea. Jadi di waktu dapatnya idea, segeralah mencatat apa yang perlu. Setelah idea bermain di fikiran, pelan haruslah dilakukan untuk memudahkan kerja seterusnya, dan workflow menjadi lebih terurus.

Kaji latar gambar
Perkara yang kimy akan lakukan secara kebiasaan ialah mencari background terlebih dahulu. Setelah background yang diinginkan ada bersama maka haruslah menjalankan kajian. Biasanya yang selalu difikirkan ialah apakah konsep, support element dan nilai tambah.

Kaji cahaya pada latar
Cahaya adalah penting dalam menjamin kualiti dan membantu dalam penceritaan dalam sesebuah artwork. Gunakan pensel dan lain-lain sketch anak panah arah cahaya dan arah bayang-bayang untuk subjek.

Kenali sifat subjek
Walau apa pun artwork pasti ada subjek, betul tak? Jadi jika anda ada talent, kaji dahulu sifat talent sebelum suruh dia post itu-ini. Untuk mendapatkan feel yang terbaik anda perlu kenal talent supaya subjek tidak nampak kekok dan berlakon.

Faham sifat fizik
Yang ini amatlah penting selain cahaya yang dinyatakan tadi. So kita perlu gunakan logik akal dalam menentukan sesuatu boleh diterima pakai atau tidak.

Perfect lighting
Rasanya yang ini tidak semua mampu, so at least kita perlu ada beberapa lighting equipment. Bisanya kimy akan gunakan 2 speedlite (Canon) dibantu oleh payung dan beauty dish. Sangat simple sebab ambient light masih diperlukan.

Editing software
Kalau pandai guna sesuatu software semua menjadi mudah, apa yang ingin disampaikan dapat disampaikan. Jika ada idea yang sangat bagus tetapi tidak pandai dalam kerja suntingan pun tiada guna juga, kerana idea tersebut pasti tertanam, dan jika dapat pasti kurang impak.

Review
Biasanya artwork untuk exhibition kimy akan mengambil masa yang agak lama untuk review. Biasanya review dalam 1 minggu untuk mengelakkan sebarang perkara yang terlepas pandang.

Kesimpulannya: manipulasi bukan kerja yang mudah, ketelitian amat penting dalam menjamin kualiti.

Editor,
2011 (C) copyright, all right reserved.
Sila dapatkan izin pengarang untuk menggunakan artikel ini.