2012-08-03

Majlis Perkahwinan Arnida dan Shidi

0 comments
Majlis perkahwinan berlangsung pada 17 Jun 2012 di Sungai Petani Kedah. Terima kasih diucapkan pada pengantin yang memberikan kepercayaan pada saya untuk merakamkan hari bahagia beliau. Tidak lupa juga kepada semua kawan dan crew yang terlibat. antaranya ialah Syazwan (bulat), Haikal, dan yang paling penting kepada saudari Hidayah yang banyak menyumbangkan idea dekorasi dan sebagainya.



2012-07-29

Alkisah

0 comments
Kepada saudara dan saudari reader Flickrjunk, saya ingin memohon maaf. blog telah berbulan lamanya tidak di update akibat kesibukan.

Tak lama lagi saya akan menyambung pelajran di sebuah IPTA. Diharapkan dari situ saya tidak lekang untuk update sekerapnya.

2012-05-20

0 comments
hye! kepada semua reader flickrjunk! ok pada kali ini saya ingin mehye! kepada semua reader flickrjunk! ok pada kali ini saya ingin memceritakan aktiviti sepanjang Blog ini tidak di update. Recently saya agak sibuk dengan kehidupan harian dengan kerjaya baru. Amat bersyukur, dan diharapkan dapat membuat sedikit simpanan kewangan untuk masa yang akan datang. Sebagai seorang juru foto rutin harian saya adalah seperti biasa dimana otak akan diperah dalam mencari idea yang segar dan tidak berulang dengan hasil karya yang sebelumnya. Jadi all the things must be fresh. if cant, at least 50% just enough. Ok mesti ada rasa bosan membaca teks sahaja, so ini foto yang sempat dirakam dalam kebelakangan ini.

 Ini adalah gambar yang dirakam untuk dijadikan background untuk salah satu artwork saya
 rumah usang dalam perjalanan ke Pulau Pangkor
 Makcik yang bekerja menjual sayur-sayuran di pasar Siti Khatijah dalam lawatan saya ke kelantan
 Suasana street di dalam Pulau Pangkor
Daun selepas hujan

2012-03-04

The Organic Machine

0 comments
Hye kepada semua reader FJ. Pada bulan February tiada satu pun blog update! amat mengecewakan. Jadi pada update kali ini saya ingin menberitahu kepada semua yang saya sibuk menjalankan projek The Organic Machine. Ini merupakan Projek dalam menghasilkan artwork series.


Saya menjangkakan artwork ini akan mula dipertontonkan kepada umum pada hujung bulan Mac ini.

2012-01-23

Sikap Hormat

0 comments

Maaf kepada semua pembaca blog flickrjunk. Ya lebih 2 minggu tanpa sebarang update untuk kalian semua. Ok untuk entry pada kali ini, saya ingin berceritakan bagaimana untuk dihormati oleh golongan photographer lain. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh diamalkan untuk meningkatkan lagi kualiti hubungan antara 1 sama lain.

MASALAH: Banyak antara kita yang melakukan kajian dan pembelajaran sendiri daripada berguru. Banyak sumbar yang boleh digunakan seperti majalah, Internet dan sebagainya. Masalah utama adalah apabila kita ingin kongsi ilmu tersebut bersama rakan ataupun jurufoto lain. Memandangkan kita orang biasa dan tidak terkenal, kita hanya umpama individu yang ingin tunjuk pandai di depan mereka. Masalah ini lebih berkesan jika ada jurufoto yang lebih berpengalaman duduk semeja bersama kita semasa berbuai sama ada sesi TT (teh-tarik) dan sebagainya.

PENYELESAIAN: setiap manusia dilahirkan dengan sifat ego masing-masing, jadi anda tidak perlu risau. Dalam sesi sharing TT dan sebagainya anda hanya perlu berdiam diri sudah memadai dari terus bercakap dan berkongsi sesuatu. Mengapa saya berkata demikian? Jawapannya adalah sifat manusia itu sendiri yang tidak boleh menerima sesuatu ilmu atau pendapat dan dia merasakan dirinya adalah lebih hebat dari yang lain. Orang sebegini memang tidak boleh diubah lagi, jadi kita kongsi ilmu kepada individu yang memerlukan dan bertanya sesuatu kepada kita sahaja. YA ITU CUKUP!

MASALAH: Jurufoto yang lebih berumur tidak hormat pada jurufoto muda terutamanya dari segi fizikal. Memang tidak dinafikan banyak jurufoto muda yang tidak cukup kelengkapan dan hanya menggunakan kamera yang jauh lebih murah berbanding golongan berumur.

PENYELESAIAN: Pada pendapat saya golongan muda lebih kreatif dan lebih bersemangat dari golongan yang lebih berusia. Antara sebabnya ialah bila individu itu mempunyai ciri-ciri tua atau dia memang tua, terus orang akan anggap dia adalah seorang otai atau professional. Dari situ sifat lagak mula wujud dan dia mudah lupa diri. Pada golongan muda, disebabkan rupa fizikal anda, tambahan lagi yang jambu pasti mereka akan anggap anda seperti fashion victim atau pelajar universiti atau collage dengan jurusan photography, graphic, designer dan sebagainya. Golongan berusia sebegini biasanya banyak mengorek ilmu dari golongan muda dan mengaplikasikannya dan secara tidak langsung menjadikan beliau lebih berilmu untuk kelihatan gah di hadapan jurufoto lain dan secara tidak langsung tidak mempunyai perasaan berterima kasih kepada golongan muda tersebut akibat dari sikap tidak hormat yang dikatakan tadi. Apa yang kita boleh buat ialah biarkan saja, biarkan dia bersama rakannya yang seusia dengannya. Itu sahaja, mudah kan? Owh ya, sepekara lagi. Biasanya golongan berusia telah pun berkerjaya dan mempunyai pendapatan tetap, maka tidak hairan lah kelengkapan mahal mudah dibeli dan seterusnya mengangkat statusnya kepada professional berdasarkan kelengkapan canggih dan mahal. Walhal ia amatlah baru saja menceburi bidang photography, dan akhirnya membazir wang sahaja.

Masalah: menyebut perkataan “MALAS” untuk menutup kelemahan diri. Dari kajian yang saya lakukan banyak jurufoto suka menyebut perkataan malas untuk menutup kelemahan diri dari pelbagai aspek. Pengalaman ini saya ingin kongsi bersama anda kerana saya mempunyai ramai sahabat sebegini. Jika anda menyebut perkataan MALAS, berkemungkinan anda akan dipandang rendah oleh orang lain, kerana MALAS tiada ubatnya selain berdisiplin.

PENYELESAIAN: sangat mudah, mengaku saja bahawa itu anda tidak tahu daripada memberikan alasan malas. Hal ini biasanya berlaku pada jurufoto lama yang tiada peningkatan. Setuju? :-)

Penafian: artikel ini ditulis berdasarkan pendapat tentang pengalaman editor sendiri. Tiada kaitan antara hidup dan mati. Jika ada isu sensitif yang telah digunakan, ianya adalah tidak disengajakan.

Editor,
2012 (C) copyright, all right reserved.
Sila dapatkan izin pengarang untuk menggunakan meterial di sini.

2012-01-08

Developing website.

0 comments
Hye reader, setelah sekian lama kimy menyepi dalam minggu pertama tahun baru dan sekarang ada peluang untuk menaip untuk entry baru. Ok the 1st thing is dalam tahun ini kimy ingin ubahsuai laman web peribadi kepada paras rupa yang baru. Dalam minggu ni kerja menyiapkan website giat dijalankan agar dapat disiapkan sebelum bulan Februari tahun ini. Kimy akan umumkan kepada semua jika apabila siap kelak. :)