2011-10-10

Sunset dan ...

0 comments

Ok reader sekalian, untuk kali ini masih lagi saya menceritakan tentang keindahan alam. Diharapkan ada di antara kalian tidak bosan dengan apa yang cuba dibebelkan. Buat masa sekarang ini saya banyak menghabiskan masa bersendirian dan menikmati keindahan alam. Maklumlah kan ada 2 Exhibition yang ingin sangat turut serta, jadi waktu sebegini banyak digunakan untuk mencari idea. Ya alam dan persekitaran banyak membantu dalam memberi ilham. Tahu kah anda, untuk mendapatkan idea, otak haruslah cergas. Udara bersih amat penting untuk kitaran oksigen ke otak dan menjadikan otak berfungsi dengan lebih cekap.

Gambar di atas itu waktu senja ketika matahari berlabuh pergi. Suasana pada waktu itu amat menarik dan kelam kabut dibuatnya. Apabila melihat keindahan alam, kita selalu bayangkan diri sendiri. Anda setuju?

Habis basah peralatan kamera dibuatnya untuk mendapatkan foto ini. Bersama saya Canon 40D lensa 17-40MM f4 L USM dan Cokin filter ND8, kesemuanya basah tapi terlalu mahukan semuanya tidak menjadi masalah. Apabila memikirkan diri sendiri maka kita puitis bila berbicara. Jadi untuk tajuk foto di atas ialah: “Hari ini aku hidup, foto upload ke server sesawang. Esok aku mati, amalan upload ke server maha pencipta.”

2011-09-25

Keindahan Alam

0 comments
Selemat bertemu kembali kepada semua pembaca blog FJ! tidak kira yang silent mahupun noisy. Baik-lah untuk entry kali ini, saya ingin bercerita tentang keindahan alam. Sebelum saya post entry ini, saya telah melakukan kerja post-production (PP) kepada gambar perkahwinan client tidak lama dahulu. Majlis yang berlangsung di sebuah perkangpungan nelayan banyak membantu dalam memdapatkan foto yang lebih kepada suasana hijau yang memcerminkan keindahan alam. Seperti gambar di atas, tidak lah seindah rupa kerana foto asal terdapat banyak sampah di permukaan sungai. Walaubagaimanapun ia tetap memberi impak kepada mata yang memerhati disebabkan suasana asal yang indah (di mata saya).


Jadi kita perlu memjaga keindahan sekitar dan jangan mengharapkan majlis penbandaran semata-mata. Pada pendapat saya, suasana yang bersih dapat membangkitkan lagi mood seseorang dalam melakukan rutin harian, riadah dan sebagainya. Jadi marilah kita menjaga alam sekitar, walaupun tidak banyak yang mampu dilakukan, cukupkan dengan hanya membuang sampah ke dalam tong sampah untuk menjamin keindahan.


Suasana pantai di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.


Kawasan sekitar Bukit Gambir, Pulau Pinang.

2011-09-10

It's Working day!

2 comments