2010-08-30

Happy Independent Day

2 comments
Selamat hari kemerdekaan ke 53-tahun

kredit: terima kasih kepada saudara Hanif Halim dan isterinya

2010-08-25

Tipu Kanan Dan Tipu Kiri

2 comments
gambar Eyta yang telah ermm,... menipu orang yang melihat.
Post asal adalah dari note Facebook. Dan note di dalam Facebook telah di-delete
Sebenarnya sudah lama saya menipu (gambar) dan semenjak terjebak dalam fotography lagi suka menipu. mengimbau kenangan serious-nya saya menipu adalah pada tahun 2007 di mana DSLR pertama telah dibeli. Haha memang lawak sebab nak tipu pun kantoi, alhamdulillah sekarang saya telah hampir berjaya menipu mata yang memerhati. Hasil berkat usaha, menghasilkan sebuah seni visual memerlukan pemerhatian yang berterusan. Dan sekarang sudah lebih 3 tahun terjebak, bermacam-macam pengalaman tercatat dalam memori walaupun CF- card hanya 2 Gigabyte kapasiti-nya. Apa yang saya merepek dalam text ini, adoihh.....
Album photography – ada yang asli dan tipu
Album fotonovela – memang penipu besar
Photo album 1 – plan tak nak tipu, tapi saya mungkiri.

Harap maaf pada gambar komen di bawah kurang jelas. Picasa web album hanya membenarkan ketinggian gambar hanya 1600px sahaja

2010-08-18

JUST Release Fotonovela

0 comments
dont forget to watch my art-work in facebook. comment and critic most welcome to improve my self in feature. Thank You Very Much (^_^).

To watch, go to Ahnaf Hakimi profile on FaceBook and select Photo on the top of Wall/ comment box. After that click album thumbnail named Fotonovela.

2010-08-13

Kisah Habuk Lagi..

2 comments
Habuk memang tidak dapat dipisahkan dengan sensor kamera. Baru-baru ni saya menguji kesan habuk pada sensor, dan hasilnya tidak mengecewakan kerana terdapat banyak tompokkan habuk. Lalu saya ke bilik mandi bersama kamera, bukan tujuan memandikan kamera tapi ingin membersihkan sensor. Setelah selesai kerja pembersihan, namun masih terdapat lagi kesan tompokan habuk. Pengalaman ketika waktu dahulu (Body lama) banyak memberikan pengajaran supaya jangan terlalu berlagak bijak membersihkan kesan degil dengan melakukannya sendiri.


Kesan habuk yang terdapat pada sensor sebelum dibersihkan.

Sebagai langkah berjaga-jaga dan disebabkan saya adalah pengguna Canon, saya tidak melakukannya sendiri. Menggunakan “Dust Delete data”, saya akan cuba obtain data yang paling tepat dimana kesan tompokkan itu kelihatan. Kesan habuk boleh dibuang sepenuhnya secara automatik dengan menggunakan perisian "Digital Photo Professional" yang didatangkan khas secara percuma kepada pengguna Canon. Jika ada masa dan kewangan yang mencukupi (untuk ke Peremba Squre) akan saya ke Canon service center untuk menghapuskan kesan habuk tersebut.


Setelah dibersihkan di dalam bilik mandi dengan menggunakan blower. masih terdapat tompokkan yang degil.

Untuk artikel tentang habuk dan kesan sensor bercalar pada body kamera lama yang saya miliki, anda boleh klik link ini. Bagaimana Untuk Mengesan Kesan Habuk Pada Sensor.