2011-04-25

Persepsi Terhadap Kimy

Pada 24 April lalu saya bersama rakan GYP mengadakan photoshoot di R&R. Di situ rakan mula merakam foto rakan yang lain di tempat tersebut. Ada salah seorang rakan merakam foto sambil berbaring dan lalu beliau turut baring. Tiba-tiba saya dapat idea supaya model diambil gambar bersama rakan saya yang baring tersebut. "Kimy suka ambil gambar pose yang pelik-pelik" kata model tersebut kepada saya.

Hendak dijadikan cerita, saya teringat kisah dimana saya merakam foto bersama model yang lain sebelum model tersebut.

Saya tidak kenal model tersebut dan tidak pernah bersama untuk merakam foto. Model tersebut telah mengenali saya (rasanya lebih mendalam) disebabkan mungkin rentak saya. Perkataan yang sama disebutkan oleh model tersebut "Kimy suka ambil gambar pose yang pelik-pelik". Saya pada waktu itu tidak menyangka dan betul-betul terkejut. Beginilah rupanya bagaimana Model mengenali jurufoto sebelum mula bersama merakam foto. :)

Editor,
2010 (C) copyright, all right reserved.
Sila dapatkan izin pengarang untuk menggunakan artikel ini.

No comments:

Post a Comment