2009-05-30

Barang Untuk Hantaran

0 comments
Perkhidmatan pembuatan barang hantaran telah dijalankan selain dari perkhidmatan Photography untuk perkahwinan. Maka anda tidak harus membuang masa dengan membuat atau keluar ke kawasan komersial untuk mencari perkhidmatan ini. Sungguh mudah anda hanya perlu membuat tempahan, kemudian deposit dan barang hantaran akan disiapkan pada kadar waktu yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut hubungi:
Warida = 017-4669171
kesemua hantaran di atas dan bawah adalah hasil pembuatan dan kreativiti pn. Warida. Foto hantaran juga diambil semasa sesi photography yang dianjurkan oleh FlickrJunk.
klik gambar untuk besarkan. Click image to enlarge.

2009-05-22

FlickrJunk Dream Gurlz

9 comments
Language: Malay
FlickrJunk akan menganjurkan sesi photography percuma kepada anda terutama gadis di luar sana. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk membina Portfolio peribadi kepada peserta. Kepada gadis remaja di luar sana yang inginkan kerjaya modeling sebagai kerjaya utama atau sampingan, jadi anda boleh mulakannya di sini. Setiap peserta akan dihadiahkan sekeping CD/ DVD gambar yang mengandungi gambar semasa sesi tersebut. Sesi ini adalah terhad kepada 10 orang peserta sahaja bagi setiap musim.

Syarat dan peraturan
  1. Berwarga Negara Malaysia.
  2. Berumur antara 15-25 tahun, berperwatakan menarik.
  3. Kepada yang berumur bawah 18 tahun sila dapatkan kebenaran ibubapa.
  4. Khidmat persolekan tidak disediakan, jadi peserta haruslah membuat persediaan sendiri.
  5. Lokasi photography adalah pilihan peserta, namun pihak penganjur tidak menyediakan perkhidmatan pengangkutan.
  6. Para peserta haruslah membuat temu janji sebelum sesi bermula.
  7. Sebarang pembatalan hendaklah dimaklumkan pada kadar segera.
  8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian.
dreamgurlz
Anda sudah bersedia? Sila tinggalkan komen kepada entry ini atau message ke ShoutBox jika anda ingin turut serta dan sebagainya.

Senarai peserta:
    1. Fatihah (tentative)
    2. Farra (tentative)
    3. Meanz Belle (tentative)

2009-05-18

Powerex MH-C800S Smart Chargers

8 comments
Language: Malay
Entry kali ini ialah review untuk produk Powerex MH-C800S, review ini dibuat secara telus dan berani tanpa mengiklankan sebarang produk walaupun produk tersebut terdapat dalam artikel ini. MH-C800S ialah sejenis mengecas bateri yang dapat mengesan, serta membuat penilaian prestasi terhadap bateri yang dicaskan padanya. Mempunyai 8 slot bateri yang dapat memuatkan bateri AAA dan AA. Terdapat skrin LCD yang menunjukkan status bateri.
IMG_0395
Terdapat 3 mode mengecas:
  1. Rapid Charge – untuk mengecas pada kadar segera. Dapat memenuhkan tenaga bateri dalam jangka masa 1 hingga 2 jam.
  2. Soft Charging – mengecas pada kadar biasa. Dapat memenuhkan tenaga bateri dalam jangka masa 2 hingga 4 jam. Dalam mode ini bateri akan bertahan lebih lama daripda Rapid Charge.
  3. Conditioning Mode – mode istimewa yang terdapat pada alat pengecas ini. Bateri akan dibuang cas (discharge) dan kemudiannya akan dicas semula (charge). Mode ini sesuai untuk memulihkan semula prestasi bateri walaupun telah lama digunakan.
IMG_0396
Saya gunakan alat pengecas ini bersama bateri Powerex 2700mAH. Flash adalah alat yang cepat menghabiskan tenaga bateri, oleh itu untuk shooting perkahwinan saya gunakan bateri ini. Bateri ini telah dicaskan dengan mode Soft Charging dan dibiarkan untuk dipenuhkan tenaga selama lebih kurang 4 jam. Keesokan harinya, sesi shooting untuk perkahwinan berlangsung selama lebih kurang 8 jam dan kelapan-lapan bateri tersebut digunakan sentiasa dengan dimasukkan ke dalam Speedlite 430EX dan Speedlite 580EX. Jangka masa yang diperuntukkan untuk Flash dalam keadaan ready adalah kurang dari 1 saat (L.E.D hijau untuk charge dan bertukar merah apabila ready untuk kedua-dua speedlite ini). Sehingga sekarang (entry ini ditaip) ketika saya hidupkan Speedlite dengan menggunakan bateri tersebut, masa untuk keadaan Ready masih lagi kurang dari 1 saat. Hal ini menunjukkan bahawa bateri tersebut masih lagi dalam prestasi optimum.
IMG_0405
Maklumat lanjut untuk produk ini anda boleh lawati www.mahaenergy.com/.

Kebaikan:
  1. Meningkatkan prestasi bateri
  2. Boleh menilai status bateri
Keburukan:
  1. Soket wayar dari adapter ke pengecas tidak menggunakan soket standard.
  2. Tidak dapat melihat skrin di waktu gelap
Markah untuk produk
80%