2011-10-17

Exhibition Lagi

0 comments
Pada tahun 2011 ini saya telah terlibat dalam exhibition, 2 telah berjaya dilakukan. Terdapat lagi 2 exhibition yang saya turut terlibat sama pada masa terdekat, antaranya ialah Penang B&W dan Gen Youth Photohunter – “Tribute To P.Ramlee”. jadi buat masa sekarang, kerja menyiapkan artwork sedang giat dijalankan untuk exhibition tersebut. Seperti kebiasaan artwork baru haruslah ada untuk memikat audience datang ke aktiviti tersebut. Berikut adalah potongan majalah By-U, yang membuat liputan sepantang exhibition berlangsung iaitu Youth Photohunter – “Interpretasi”.
Muka surat 36. Klik pada gambar untuk besarkan dan memudahkan anda membaca halaman tersebut.

Muka surat 37. Klik pada gambar untuk besarkan dan memudahkan anda membaca halaman tersebut.

Penang B&W
Penang B&W adalah singkatan perkataan Penang Black and White. Sebenarnya saya adalah ahli baru yang menyertai komuniti ini. Komuniti ini banyak menekankan foto hitam-putih dan ramai di antara ahli menggunakan kamera analog. Walau bagaimanapun saya tetap dengan style saya sambil menimba ilmu dengan komuniti ini walaupun menggunakan digital sepenuhnya.

Penang B&W Photo Busking
Time: Saturday, November 12 · 3:00pm - 10:00pm
Location: 1st Avenue (Level 8 - Cinema Level)
Jln Magazine, Penang, Malaysia

Ok , gambar di bawah adalah sedikit “behind the scene” pembikinan artwork untuk Penang B&W.

2011-10-13

Idea Jangan Kau Lari

0 comments
Banyak antara kita yang mempunyai pelbagai idea, namun x semua idea tersebut adalah “fresh” yang datang dari diri sendiri. Pada kali ini ingin saya ceritakan bagaimana untuk selamatkan idea daripada hilang dan bagaimana mendapatkan idea “fresh” berdasarkan pengalaman.



Mula dengan idea fresh, saya selalu mengenangkan apakah yang dilakukan sepanjang hari, minggu dan jadikan kesimpulan. Setiap manusia ada pelbagai perkara harian yang berbeza, itulah yang menjadikan kita sangat unik berbanding dengan manusia lain. Jadi rutin harian itulah yang membuatkan perjalanan hidup sebagai sebuah cerita. Sebagai contoh, apabila anda pergi membeli belah anda terlihat beberapa orang peminta sedekah, dari situ anda mula membezakan diri anda dengan peminta sedekah tersebut. Maka perbagai cerita yang difikirkan dalam membezakan nasib antara anda dan peminta sedekah. Itu sudah menjadi suatu cerita walaupun secara tidak langsung.



Apabila fikiran mula berfikir lalu menghasilkan tindak-balas sebagaimana idea, maka jangan lupa untuk catatkan supaya tidak lupa. Saya selalu mencatatkan pelbagai idea yang datang dari tindak-balas persekitaran, seterusnya membantu dalam menghasilkan karya seni. Karya seni yang dihasilkan banyak menceritakan kehidupan manusia, boleh menjadikan masyarakat yang melihatnya lebih matang (itu pendapat saya).


Sampingan.
Kebanyakan entry dalam FlickJunk menceritakan hasil seni foto. Tidak banyak menceritakan kehidupan editor itu sendiri jika dibandingkan dengan foto-blog yang lain. Pada pendapat anda, adakah perlu untuk editor campur adukkan photo-blog dan cerita peribadi editor itu sendiri? Saya akan buat 1 ruangan pool.

2011-10-10

Sunset dan ...

0 comments

Ok reader sekalian, untuk kali ini masih lagi saya menceritakan tentang keindahan alam. Diharapkan ada di antara kalian tidak bosan dengan apa yang cuba dibebelkan. Buat masa sekarang ini saya banyak menghabiskan masa bersendirian dan menikmati keindahan alam. Maklumlah kan ada 2 Exhibition yang ingin sangat turut serta, jadi waktu sebegini banyak digunakan untuk mencari idea. Ya alam dan persekitaran banyak membantu dalam memberi ilham. Tahu kah anda, untuk mendapatkan idea, otak haruslah cergas. Udara bersih amat penting untuk kitaran oksigen ke otak dan menjadikan otak berfungsi dengan lebih cekap.

Gambar di atas itu waktu senja ketika matahari berlabuh pergi. Suasana pada waktu itu amat menarik dan kelam kabut dibuatnya. Apabila melihat keindahan alam, kita selalu bayangkan diri sendiri. Anda setuju?

Habis basah peralatan kamera dibuatnya untuk mendapatkan foto ini. Bersama saya Canon 40D lensa 17-40MM f4 L USM dan Cokin filter ND8, kesemuanya basah tapi terlalu mahukan semuanya tidak menjadi masalah. Apabila memikirkan diri sendiri maka kita puitis bila berbicara. Jadi untuk tajuk foto di atas ialah: “Hari ini aku hidup, foto upload ke server sesawang. Esok aku mati, amalan upload ke server maha pencipta.”