2011-12-31
Last Day In 2011
Tiada apa yang ku harapkan, semoga tidak hanyut dengan warna-warna dunia. Berbekalkan hati yang mati untuk azam tahun baru yang menjelang esok hari.
Labels:
Announcement,
Malay,
PhotoGraphic
Posted by
Unknown
2011-12-27
Puisi #1 Minimalist Sebuah Jisim
Semua tahu dalam jisim ada zarah
Yang ringkas susah ditimbang.
Orang tak nampak sebab tak ada rupa
Rupa-rupa kenapa perlu wajah rupa
Disebabkan rupa orang memilih
Tidak kompleks aku disisih!
Tapi zarah tetap setia, jisim terbentuk tak ada rupa
Ahnaf Hakimi 26/12/2011
Editor,
2011 (C) copyright, all right reserved.
Sila dapatkan izin pengarang untuk menggunakan meterial di sini.
2011-12-25
Disember Bersama
Terlebih dahulu ingin saya katakan entry untuk kali ini lebih bersifat peribadi dan tidak lagi berkisarkan seni, Fotografi, artikel dan sebagainya.
Ramai orang berkata untuk berjaya kita perlukan keyakinan diri yang tinggi selain kuat untuk berusaha. Tidak hairan lah softskill dijadikan modul wajib bagi pelajar sebelum pergi ke semester berikutnya untuk latihan industri. Dalam hal ini saya (editor flickrjunk) ingin berkongsi apa yang berlaku dan beberapa perkara untuk mengelakkan diri jadi seorang pasif. Ya dalam blog ini saya hanya mampu bercakap pandai tapi pada hakikat teramatlah lemah.
Jika keyakinan diri tinggi, maka tiada apa pun faktor yang dapat menggoyangkan tidak kira dari diri sendiri malahan orang lain. Ada kalanya kita rasa perkara itu betul dan tidak, tapi jika ada keyakinan perkara yang salah pun dapat dibetulkan dengan cara yang lebih berhemah. Hidup harus diteruskan dan manusia tidak akan pernah lari dari masalah dan kesilapan, hadapi masalah dan kesilapan adalah cara untuk menyelesaikannya dan bukan dengan cara mengelakkan.
-Off topic-
Dalam bulan Disember ini saya banyak menghabiskan masa bersama dan menghabiskan masa melakukan kerja suntingan gambar untuk insan istimewa ini. Walaupun 1 foto menghabiskan masa yang sekurang-kurangnya 2 jam dan paling lama 2+ hari, tetapi tetap berasa Enjoy! Hahaha :DD
Title: Fatin with artist
Description: upon on her request + Gediks :P
Title: Ice skating in Lala Land fairy tales.
Description: RE-UPLOAD, again, thanks for viewing and commenting, really appreciate, sorry for inconvenient . Other stock photo from google.
Title: the wasteland that she ever dream.
Description: only soul that cant see, is living.
Title: From day till night, searching in jungle.
Description: only moon light enlighten the way to her.
Title: Salji di Pulau Pinang, Siapa kata penang tak boleh salji?
Description: Adaptasi dari movie, Salji di Kuala Lumpur yang dilakonkan oleh Siti Saleha dah Qi Razali dengan versi sendiri. konsep gambar diambil di belakang kaca, titisan air dan bahagian subjek di wipe.
Title: when she will become human.
Description: they live with family in the jungle, but not in human kind, they suck our blood.
Title: vampire girl
Description: the quarter moon. :)
2011-12-13
Pekerjaan dan Harga Pasaran
Entry pada kali ini lebih menjurus kepada hal peribadi editor (kimy @ Flickrjunk) . secara kebiasaannya blog ini banyak membincangkan tentang hal ehwal yang berkaitan dengan photography. Rata-rata perkara yang dikongsi adalah berbentuk artikel dan aktiviti sepanjang hobi photography.
Baiklah, untuk pengetahuan pembaca saya tidak ada pendidikan formal tentang ilmu photography. Secara jujur saya tidak pernah masuk mana-mana workshop, kelas dan sebagainya yang berkaitan. Saya lebih gemar meneroka sendiri ilmu ini, disebabkan semua orang mampu asalkan ada minat, idea dan creative. Ya saya amat yakin, pengalaman adalah guru yang paling terbaik untuk diri sendiri, luas pengalaman maka menampakkan matang seseorang itu. Saya mempunyai Diploma dalam bidang Electronic Engineering, apa yang pasti ilmu saya sudah tentu untuk pekerjaan yang berkaitan. Namun hobi lebih mengatasi segalanya sejak kamera pertama Canon EOS 350D dibeli pada tahun 2007 ketika semester pertama di IPTA. Dari tahun 2007 saya belajar tentang photography dan sehingga 2009 saya berani untuk melibatkan diri dengan perniagaan berkaitan. Sehingga sekarang saya masih menjalankan perniagaan Foto kepada masyarakat.
Kehadiran jurufoto bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan (ya sekarang bulan Disember dan musim hujan) lebih-lebih lagi lambakkan kamera di pasaran. Tidak dinafikan ramai antara mereka amat cepat mencipta nama dan menjadi popular di kalangan masyarakat mahupun komuniti photography itu sendiri. Kewujudan nama-nama besar dalam industri turut memberi impak. Ya saya sokong 100% komuniti ini di Malaysia meningkat maju. Kemajuan ini lah yang membina sosial baru dikalangkan rakyat. Disebabkan maju, banyak juga masalah yang timbul akibat lambakkan jurufoto ini. Masing-masing ingin dikatakan hebat dan mengajar popular dengan perbagai jenis artwork, pelbagai jenis pengantin dan sebagainya dalam meningkatkan port folio.
Antara isu sensitif dan ramai yang berdalih memperjuangkan bahawa “dia” adalah betul ialah isu harga. Apa yang ingin saya katakan di sini ialah impak pasaran harga yang menjadi masalah utama kepada jurufoto lama atau jurufoto sepenuh masa. Apabila kita berbincang ramai yang ingin membidas walaupun yang berbuat tersebut adalah dari kawan sendiri. Anda ada segala peralatan, anda ada pengalaman, anda ada sentuhan seni tersendiri jadi mengapa anda terpaksa menjadi bahan kepada suasana perniagaan dari segi harga. Ya orang (client) akan mempersoalkan mengapa harga anda agak mahal dan kenapa harga dari jurufoto lain agak murah. Dari situ, pada pendapat saya nilai seni dan sentuhan yang anda sebenarnya TIDAK BERNILAI. Orang hanya tahu HARGA MURAH + GAMBAR CANTIK, hanya itu saja full-stop! Tetapi orang tidak akan mengambil tahu nilai seni yang ada dalam setiap penghasilan, itulah hakikat. Jadi saya sebagai juru foto terpaksa SIMPAN saja segala sentuhan seni dan pastikan album siap dan murah. Jika orang mula menyedari bahawa nilai seni itu penting, mereka bukan saja dapat foto yang cantik, tetapi juga mendapat foto yang unik dan secara tidak langsung orang akan kenali identiti siapakah yang mengolah foto tersebut.
1 hasil seni foto memerlukan masa yang agak lama berbanding 1 foto yang hanya sekadar cukup syarat. Dari dari situ masa yang lama dibazirkan dan masa tersebut haruslah dibayar! Semasa majlis sesi foto dan sebagainya, orang akan nampak bahawa seorang juru foto hanya bekerja dalam 1 hari sahaja, tetapi hakikatnya tidak. Jadi di situlah letaknya kos upah bagi seseorang jurufoto, dalam menyiapkan 1 album, segala creativiti amat diperlukan supaya kelihatan menarik dan berkualiti. Ternyata masyarakat sekarang lebih mementingkan MURAH BERBANDING KUALITI.
Kehadiran ramai jurufoto amatlah menyusahkan industri photography itu sendiri. Dengan pengalaman yang boleh dikatakan sekangkang kera sudah berani untuk menceburkan diri dalam industri. Biasanya orang baru (jurufoto) tidak menjaminkan kualiti, apa yang dipentingkan hanyalah Gah disebut sebagai jurufoto dan lebih kepada tunjuk hebat apabila segala jenis photography berani dikatakan pernah diceburi. Maka tidak hairanlah mengapa golongan tersebut berani meletakkan harga yang jauh lebih rendah.
Saya amat berharap agar golongan yang baru tumbuh, sedar dimanakah diri mereka sebenarnya. Jika berada dalam keadaan sedarkan diri sudah pasti anda tidak merosakkan industri. Pergilah menimba ilmu mencari pengalaman untuk memandu anda dalam menghasilkan foto yang lebih menarik. Kenali kamera anda terlebih dahulu sebelum anda mengetahui corak industri. Belajarlah ilmu perniagaan pada yang lebih berpengalaman supaya tidak kelihatan mementingkan diri sendiri dan seterusnya menyusahkan orang ramai. Seperti anda juga, kami perlukan duit untuk hidup, dan janganlah anda merosakkan industri demi poket anda dengan harga yang tidak munasabah.
Kesimpulannya:
Kepada jurufoto yang baru meningkat naik, jagalah sikap dan jangan tunjuk pandai dengan mengetahui sesuatu yang sebenarnya agak merosakkan.
Kepada client, haruslah membuat pilihan yang bijak dan jangan hanya sekadar pada harga yang murah. Harga yang murah belum tentu menjamin sesuatu yang memuaskan.
Ps: artikel ini agak strait forward, jika ada yang terasa maaf diharapkan.
Editor,
2011 (C) copyright, all right reserved.
Sila dapatkan izin pengarang untuk menggunakan artikel ini.
Labels:
Activities,
Article,
Assignment,
Lihat Produk,
Malay
Posted by
Unknown
2011-12-07
Bulan Desember
Baiklah sekarang telah pun masuk bulan Disember bagi tahun 2011, rasanya amat sekejap. Pada reader Flickrjunk sekalian, terima kasih kerana masih sudi membaca blog hingga ke saat ini walaupun hanya hampir 3 tahun lamanya. Sejak kebelakangan ini saya amat sibuk dengan Album perkahwinan, Album pra-perkahwinan, modeling dan sebagainya.
Pada saat ini saya masih lagi memikirkan artwork yang seterusnya untuk next event, harap- harap segala perkara dapat disiapkan.
Antara foto terkini yang telah di-upload di Facebook.
Foto Irma dalam Album Mysterious.
Programming untuk "LIKE"-O meter :)
Bulan Desember (^^")
Labels:
Activities,
Malay,
Portrait
Posted by
Unknown
Subscribe to:
Posts (Atom)